awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Inisiatif VTL mampu pulihkan sektor pelancongan Sabah - Jafry

Eleanor Michelle Patrick
Eleanor Michelle Patrick
06/03/2022
09:00 MYT
Inisiatif VTL mampu pulihkan sektor pelancongan Sabah - Jafry
Jafry berkata, pelaksanaan VTL dilihat dapat membantu memulihkan industri pelancongan di Sabah pasca COVID-19. - Astro AWANI
KOTA KINABALU: Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Sabah perlu melakukan penelitian dan sekali gus mempertimbangkan perlaksanaan inisiatif Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) menerusi perkhidmatan udara melalui Singapura.
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin berkata, sudah masanya negeri Sabah mengikut langkah beberapa negeri seperti Pulau Pinang yang bakal memulakan inisiatif VTL bermula 16 Mac ini.
Menurutnya, pelaksanaan VTL dilihat dapat membantu memulihkan industri pelancongan di Sabah pasca COVID-19.
"Ia bagi memulihkan semula jaringan ekonomi dan perniagaan di antara kedua-dua negara khususnya sektor pelancongan yang terkesan akibat pandemik COVID-19.
"Kementerian kini hanya menunggu kebenaran daripada pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Negeri Sabah untuk berbuat demikian," katanya dalam kenyataan media, pada Ahad.
Tambah Jafry, beliau yakin kementerian dan semua pengusaha industri pelancongan di negeri ini sudah bersedia untuk menerima pelancong luar.
Pada masa yang sama katanya, para pengusaha pelancongan juga cakna dengan kepada prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat bagi mengelak penularan varian Omicron di negeri ini.
Topic Berkaitan
#pelancongan Sabah
#Jafry Ariffin
#VTL melalui Singapura
#Sabah - Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan