awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
PM Anwar pengerusikan Mesyuarat MB dan KM, perkukuh penyelarasan Kerajaan Pusat-Negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Inkues Adib: 'Saya pening dan takut' - Saksi

Hilmi Malik
Hilmi Malik
19/02/2019
09:31 MYT
Inkues Adib: 'Saya pening dan takut' - Saksi
Rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman yang berlaku pada November lalu telah mengakibatkan kematian anggota bomba, Muhammad Adib. - Gambar fail
Prosiding inkues kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim diteruskan pada hari ketujuh dengan keterangan saksi ke-11, K. Arumugam, pada Selasa.
Arumugam, 66 tahun, yang merupakan seorang pemandu teksi menceritakan kenderaan beliau telah dilanggar oleh jentera Fire Rescue Tender (FRT) pada malam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman dekat USJ 25, November lalu.
"Saya rasa pening dan takut pada ketika itu sebaik sahaja kenderaan saya dilanggar dan berpusing membelakangi jentera bomba," katanya kepada pihak mahkamah dalam prosiding inkues di sini pada Selasa.
Menceritakan detik beliau dilanggar, Arumugam berkata dia tidak dapat mengingati sebarang pergerakan yang berlaku pada malam kejadian.
"Saya macam tidak sedar pada masa itu dan saya tidak nampak sebarang pergerakan termasuk kenderaan bomba dan anggotanya masa itu," katanya lagi.
Arumugam kemudian menerima bantuan dari orang ramai yang membuka pintu keretanya yang tersekat akibat pelanggaran itu sebelum dibawa ke Balai Polis USJ8 di Subang Jaya untuk membuat laporan berhubung insiden.
Beliau kemudian telah dihantar pulang menerusi perkhidmatan Grab.
Terdahulu, Arumugam dikatakan dalam perjalanan menuju ke rumahnya sebelum melalui kawasan rusuhan.
Prosiding dihadapan Koroner Rofiah Mohammad tamat sekitar jam 4.30 petang sebelum disambung semula pada Khamis dengan keterangan saksi ke-12.
Topic Berkaitan
#bomba
#Inkues Adib
#kuil sri maha mariamman
#Muhammad Adib Mohd Kassim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan