awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah N.Sembilan RM7.50, RM12 dan RM20 - MAINS
JBPM beku 80 peratus cuti pegawai, anggota pastikan kesiapsiagaan di tahap tinggi
PM Anwar mahu pelaksanaan agenda digital, AI negara dipercepat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Inkues Adib: Status di Facebook punca saya dikecam - Pakar forensik

Hilmi Malik
Hilmi Malik
26/03/2019
07:00 MYT
Inkues Adib: Status di Facebook punca saya dikecam - Pakar forensik
Ahmad Hafizam yang merupakan saksi ke-24 hadir pada Selasa bagi menyambung keterangannya yang masuk hari ke-17 prosiding. - Astro AWANI/Shahir Omar
Pakar Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur, Dr Ahmad Hafizam Hasmi terkilan berhubung status di laman sosial Facebook atas nama 'Cik Miera' berhubung keterangan yang diberinya minggu lalu sehingga mengakibatkan dirinya dikecam serta dianggap berbohong ketika memberikan keterangan.
Beliau turut berkongsi dengan membaca semula status berkenaan ketika sesi prosiding kepada Mahkamah Koroner dan menzahirkan rasa sedih.
"Bagaimanapun saya tidak membuat sebarang balasan terhadap status berkenaan. Kita cuma mahu cari kebenaran.
"Jika ada pihak yang ada maklumat lain berkenaan kematian si mati yang saya tidak jumpa ketika pemeriksaan klinikal dan juga bedah siasat, saya mohon pihak koroner untuk panggil mereka untuk membuat pengesahan," katanya di hadapan Mahkamah Koroner sebaik sahaja membaca semula status berkenaan.
Beliau yang mempunyai pengalaman lebih 20 kali memberi keterangan di mahkamah berhubung kes kematian berkata, berdasarkan kajian pihaknya, kecederaan yang dialami Muhammad Adib tidak berpadanan dengan kecederaan fizikal akibat dikasari atau tindakan keganasan.
"Setiap kecederaan yang ada pada tubuh si mati ketika pemeriksaan klinikal dan bedah siasat telahpun didokumenkan dalam laporan masing-masing oleh pegawai perubatan terlibat," katanya lagi.
Bagaimanapun, difahamkan status berkenaan dikatakan telah ditarik semula serta dipadamkan oleh pemilik akaun Facebook tersebut.
Ahmad Hafizam yang merupakan saksi ke-24 hadir pada Selasa bagi menyambung keterangannya yang masuk hari ke-17 prosiding.
Topic Berkaitan
#bedah siasat
#bomba
#Dr Ahmad Hafizam Hasmi
#forensik
#insiden kuil
#kes mahkamah
#kes muhammad adib
#kesan kecederaan adib
#keterangan
#media sosial
#pakar forensik
#status Facebook
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan