awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKR Kelantan kesan tiga projek sakit
Kerajaan teliti pinda akta tertentu perketat hukuman kes curi kabel - Saifuddin Nasution
Kes kebakaran terbuka di Melaka melonjak lima kali ganda
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Inkues: 'Wallahi, aku tak curi!' - Zara Qairina menangis, nafi tuduhan sebelum ditemui tidak sedarkan diri

Yasmin Natasha
Yasmin Natasha
17/09/2025
08:47 MYT
Inkues: 'Wallahi, aku tak curi!' - Zara Qairina menangis, nafi tuduhan sebelum ditemui tidak sedarkan diri
Zara Qairina (foto) dilaporkan menangis sambil menjerit, “Aku tidak mencuri” sebelum menuju ke tandas asrama yang mana merupakan kali terakhir mangsa dilihat rakan-rakan. -Gambar fail/Sinar Harian
KOTA KINABALU: Mahkamah Koroner hari ini diberitahu bahawa Zara Qairina Mahathir telah dituduh mencuri sejumlah wang pada malam sebelum kejadian dan diminta bersumpah menafikan tuduhan tersebut.

Ringkasan AI
  • Mahkamah Koroner diberitahu bahawa Zara Qairina telah dituduh mencuri wang oleh ketua dorm pada malam sebelum kejadian dan diminta bersumpah menafikan tuduhan tersebut.
  • Ketua Warden, Azhari Abdul Sagap, berkata berlaku sedikit perbalahan lisan dan kata-kata kesat terhadap Zara sebelum mangsa dilihat menangis dan menuju ke tandas, kali terakhir dia dilihat oleh rakan-rakan.
  • Maklumat diperoleh melalui siasatan dalaman dan pengakuan bertulis lima pelajar Tingkatan Satu yang diserahkan kepada pihak sekolah.

Saksi kelapan, Ketua Warden Asrama SMKA Tun Datu Mustapha, Azhari Abdul Sagap, 31, berkata beliau mendapat maklumat itu melalui pengakuan bertulis daripada lima pelajar terbabit.
Menurut keterangan, ketua bilik asrama telah menuduh Zara Qairina melakukan perbuatan itu selepas seorang pelajar melaporkan kehilangan sejumlah wang.
Zara Qairina bagaimanapun menafikan dakwaan dan bersumpah dengan nama Allah bahawa dia tidak melakukannya.
“Pelajar lain kemudian memeriksa lokarnya dan menjumpai pin bendera milik ketua dorm.
"Zara dipanggil semula ke bilik lain dan diminta bersumpah ‘wallahi’. Dia tetap tidak mengaku,” kata Azhari menjawab soalan peguam keluarga Zara, Shahlan Jufri, pada hari ke-8 prosiding inkues di Mahkamah Koroner, di sini, hari ini.
Katanya, ketika itu, berlaku perbalahan lisan dengan kata-kata kesat daripada ketua dorm terhadap mangsa.
Selepas keluar dari bilik, Zara Qairina dilaporkan menangis sambil menjerit, “Aku tidak mencuri” sebelum menuju ke tandas asrama yang mana merupakan kali terakhir mangsa dilihat rakan-rakan.
Azhari menambah, maklumat itu diperoleh daripada lima pelajar tingkatan satu melalui siasatan dalaman serta pengakuan bertulis yang diserahkan kepada pihak sekolah.
Topic Berkaitan
#Zara Qairina Mahathir
#inkues
#Ketua warden
#Mencuri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan