awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Pencalonan Oscars 2026: Lima aktor bersaing bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik
Selepas menanti 24 jam, emas 100m T12 kekal milik Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Inkues Zara Qairina: 'Amung Kamaruddin' ugut pakar patologi ditahan polis

Sinar Harian
Sinar Harian
07/09/2025
03:30 MYT
Inkues Zara Qairina: 'Amung Kamaruddin' ugut pakar patologi ditahan polis
Seorang lelaki warga emas yang mengugut pakar patologi, Dr Jessie Hiu, berkaitan kes Zara Qairina Mahathir, ditahan polis di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna pada Ahad. - Gambar hiasan
KOTA KINABALU: Seorang lelaki warga emas yang mengugut pakar patologi, Dr Jessie Hiu, berkaitan kes Zara Qairina Mahathir, ditahan polis di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna pada Ahad.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, lelaki berusia 61 tahun itu ditahan kira-kira jam 7 pagi susulan kenyataannya di laman Facebook menggunakan akaun bernama ‘Amung Kamaruddin’ yang berunsur ugutan jenayah serta penyalahgunaan kemudahan atau perkhidmatan rangkaian terhadap seorang pakar patologi di Hospital Queen Elizabeth I (HQEI), Kota Kinabalu.
"Pihak polis telah membuat tangkapan terhadap lelaki tempatan yang disyaki terlibat dalam kes tersebut dan turut dirampas ialah sebuah telefon bimbit.
"Hasil semakan terhadap gajet tersebut mendapati suspek merupakan pemilik akaun Facebook 'Amung Kamaruddin' yang mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan terhadap pakar patologi terbabit," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Sehubungan itu, Jauteh menasihatkan orang ramai supaya sentiasa menggunakan media sosial secara berhemah dan bertanggungjawab ketika mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan ketenteraman awam serta menimbulkan keresahan masyarakat.
"Orang ramai digesa untuk sentiasa peka dan berfikir terlebih dahulu sebelum berkongsi atau memuat naik sebarang kandungan di media sosial selaras dengan prinsip undang-undang serta keharmonian masyarakat.
"Polis Diraja Malaysia (PDRM) memandang serius sebarang bentuk penyalahgunaan media sosial yang melanggar undang-undang dan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang didapati melakukan kesalahan tersebut," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#inkues Zara Qairina
#Dr Jessie Hiu
#ugut
#warga emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan