awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengunduran daripada jawatan dalam FAM langkah perlu - Pemerhati bola sepak
Pulau Pinang sasar pasang 5,000 CCTV di seluruh negeri menjelang Oktober
PM Korea Selatan cadang AS hantar utusan khas ke Korea Utara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Inkues Zara Qairina: Pakar patologi jadi saksi pertama

Bernama
Bernama
03/09/2025
05:40 MYT
Inkues Zara Qairina: Pakar patologi jadi saksi pertama
Suasana di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu hari ini. - Gambar/ Bernama
KOTA KINABALU: Pakar patologi yang menjalankan bedah siasat ke atas Zara Qairina Mahathir dijadual memberi keterangan pada hari pertama prosiding inkues yang bermula 2 petang hari ini.

Ringkasan AI
  • Pakar patologi Dr Jessie Hiu dijadual memberi keterangan pada hari pertama prosiding inkues kematian Zara Qairina Mahathir di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan.
  • Koroner turut menetapkan lawatan ke lokasi kejadian di Papar pada 11 September pukul 9.30 pagi sebelum prosiding inkues bersambung pada sebelah petang.
  • Inkues dijalankan atas arahan Jabatan Peguam Negara selepas Zara ditemukan tidak sedarkan diri berhampiran asrama sekolah dan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth pada 17 Julai.

Dr Jessie Hiu, seorang daripada empat pakar forensik yang melakukan autopsi ke atas remaja berusia 13 tahun itu di Hospital Queen Elizabeth pada 10 Ogos lepas, akan memberi keterangan di hadapan Koroner merangkap Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan.
Pada sesi pagi hari ini, Koroner Amir Shah turut menetapkan lawatan ke lokasi kejadian pada 11 Sept depan, pukul 9.30 pagi.
Zara Qairina, 13, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth pada 17 Julai selepas ditemukan tidak sedarkan diri tepi longkang berhampiran asrama sekolahnya di Papar pada jam 4 pagi, 16 Julai.
Pada 13 Ogos, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan inkues dijalankan selepas meneliti laporan siasatan yang dikemukakan polis.
Pada 8 Ogos, AGC turut mengarahkan kubur Zara Qairina digali semula bagi membolehkan prosedur bedah siasat dijalankan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Zara Qairina
#inkues Zara Qairina
#pakar patologi
#keputusan inkues
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan