MALAYSIA
Inkues Zara Qairina: Saksi pelajar ketiga dijadual beri keterangan esok

Saksi kedua pelajar dalam prosiding inkues kematian pelajar Tingkatan Satu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir, selesai memberikan keterangan pada petang ini.
KOTA KINABALU: Saksi kedua dalam prosiding inkues kematian pelajar Tingkatan Satu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir, selesai memberikan keterangan petang ini.
Ringkasan AI
- Saksi kedua pelajar dalam prosiding inkues kematian Zara Qairina selesai memberi keterangan secara tertutup, dengan kehadiran ibu saksi sebagai peneman.
- Prosiding akan diteruskan esok dengan saksi ketiga, dan seramai 35 saksi kanak-kanak dijangka tampil, selaras dengan Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2017.
- Setakat ini, lapan saksi dewasa telah memberi keterangan berhubung insiden yang berlaku di asrama SMKA Tun Datu Mustapha dan membawa kepada kematian Zara Qairina pada 17 Julai lalu.
Berdasarkan Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2017, yang secara jelas melarang penerbitan sebarang maklumat yang boleh mengenal pasti seorang kanak-kanak, petugas media dilarang berada di lantai mahkamah semasa keterangan tertutup bagi melindungi identiti saksi.
Seramai 35 saksi kanak-kanak dijangka memberi keterangan dalam inkues berkenaan.
Setakat ini, lapan saksi dewasa telah memberi keterangan dalam prosiding, manakala 25 lagi dijadual tampil memberi keterangan pada sesi akan datang.
Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri pada 16 Julai lalu di asrama sekolahnya, SMKA Tun Datu Mustapha, dan disahkan meninggal dunia pada keesokan hari di Hospital Queen Elizabeth.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami