awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Inovasi pelajar SMK Seri Perling diiktiraf di Kejohanan Dunia 4x4 Abu Dhabi

Awani Rangers UiTM
Awani Rangers UiTM
28/12/2017
03:10 MYT
Inovasi pelajar SMK Seri Perling diiktiraf di Kejohanan Dunia 4x4 Abu Dhabi
SHAKIR: Ini adalah pencapaian terbaik Malaysia buat masa ini - Foto Awani Rangers UiTM
Empat pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Perling, Johor telah berjaya meraih tempat kedua keseluruhan pada Pertandingan Kejohanan Dunia 4x4 in schools Technology Challenge di Abu Dhabi.
Pasukan Panthera berjaya menumpaskan 25 pasukan dari seluruh dunia dengan meraih sebanyak 694.9 markah meninggalkan Pasukan Australia yang meraih tempat ketiga dengan perbezaan sebanyak 5 mata.
Menurut Abdul Shakir, walaupun baru tahun kedua Malaysia menyertai pertandingan peringkat antarabangsa ini, namun mereka telah berjaya mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa.
"Ini adalah pencapaian terbaik Malaysia buat masa ini," kata Shakir selaku koordinator Malaysia untuk pertandingan ini.
Pasukan Panthera juga memenangi pembentangan terbaik.
Selain itu, Pasukan Hurricane dari SMK Agama Johor Bahru yang turut mewakili Malaysia memenangi Anugerah Penajaan dan Pemasaran Terbaik di kejohanan tersebut.
Kedua-dua pasukan ini adalah wakil negeri Johor yang telah memenangi Pertandingan 4x4 in schools peringkat Kebangsaan yang diadakan pada September lalu di Pameran My Digital Maker 2017.
Hasil kemenangan itu, kedua-dua pasukan melayakkan pasukan mereka untuk bersaing di peringkat antarabangsa.
Pertandingan ini memberi pendedahan mengenai kejuruteraan, matematik, sains dan teknologi kepada para pelajar untuk diaplikasikan dalam menginovasi set kereta pacuan empat roda dengan mengkod kenderaan model SUV ini untuk melengkapkan trak perlumbaan dengan cabaran dalam masa terpantas.
Ini menunjukkan bahawa para pelajar kita terbukti mampu bersaing di peringkat antarabangsa dalam bidang sains dan teknologi.
Pertandingan ini berlangsung selama 6 hari bermula 8 Disember hingga 13 Disember diadakan di Litar Yas Marina, Abu Dhabi.
_____________________________________________________________________________________
*Laporan ini disediakan oleh Awani Rangers , Iklil Fatihah Kamal dari Universiti Teknologi MARA (UiTM)
**Awani Rangers ialah inisiatif Astro Awani bagi menggalakkan pelajar Institut Pengajian Tinggi untuk berkongsi cerita serta menghasilkan bahan berita dan informasi dalam era kewartawanan moden.
**Awani Rangers UiTM ialah inisiatif kerjasama strategik Astro AWANI dan Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Topic Berkaitan
#AWANI Rangers
#AWANIRangers
#Iklil Fatihah Kamal
#Kejohanan 4x4 Abu Dhabi
#SMK Agama Johor Bahru
#SMK Perling
#STEM
#UiTM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan