awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Musim peperiksaan bukan masa sesuai untuk perhimpunan - MPP UMT
FRIM anjur sambutan Hari Tanah Lembap Sedunia, tekankan pemuliharaan dan kelestarian
Syarikat tempatan perlu tingkat pematuhan piawaian antarabangsa - Ewon
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Insentif dan bantuan menyeluruh, jamin kesejahteraan anak Selangor

Fahmi Izuddin
Fahmi Izuddin
03/08/2023
01:00 MYT
Insentif dan bantuan menyeluruh, jamin kesejahteraan anak Selangor
Saipolyazan berkata, Selangor sebagai gerbang ekonomi negara turut menjadi negeri penyumbang terbesar dalam KDNK, dengan peratusan sumbangan sebanyak 25.5% pada 2022. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Insentif dan bantuan menyeluruh yang disediakan Kerajaan Negeri Selangor merangkumi segala segmen dan keperluan melibatkan kesejahteraan rakyat.
Ini kerana, limpahan ekonomi yang dinikmati oleh kerajaan negeri, hasil daripada infrastruktur, pembangunan mampan dan pendapatan negeri yang tinggi, membolehkan Selangor memastikan rakyatnya menikmati pembangunan dan perlindungan sosial sebaiknya.
Menurut Ketua Pegawai Operasi Menteri Besar (Pemerbadanan) Saipolyazan M Yusop, rekod hasil kutipan negeri yang besar membolehkan penyaluran bantuan dan perlindungan diagihkan kepada rakyat.
"Kutipan negeri dari 2019 sehingga April 2023, Selangor mencatatkan hasil terkumpul sebanyak RM9.7 bilion (USD2.1 bilion), yang mana kalau kita lihat, lebih kurang USD19 juta perbezaan berbanding sebuah negara, iaitu Timor Leste,
"Dan sehingga April 2023, pendapatan yang direkodkan, kita sudah mencapai sasaran 45.3% berbanding kutipan pada 2022," ujarnya ketika ditemu ramah dalam program AWANI Pagi pada Rabu.
Tegasnya lagi, Selangor sebagai gerbang ekonomi negara turut menjadi negeri penyumbang terbesar dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), dengan peratusan sumbangan sebanyak 25.5% pada 2022.
Selain itu, menerusi kepelbagaian sumber yang dimiliki Selangor termasuk simpanan berjumlah RM3.2 bilion, kerajaan negeri komited dalam memastikan kesejahteraan rakyatnya terbela.
Antara lain, ia termasuk pemberian bantuan menerusi program Iltizam Selangor Penyayang dan perlindungan Skim Insurans Rakyat Selangor (INSAN).
"Kerajaan negeri tidak pernah lupa untuk menyalurkan bantuan ini kepada rakyat menerusi bantuan Iltizam Selangor Penyayang, yang mana sebanyak 47 bantuan disediakan kepada rakyat, sejak lahir sehingga meninggal,
"Banyak aktiviti ini menjadi contoh kepada negeri lain. Apa yang saya nak nyatakan di sini adalah, apabila Kerajaan Selangor memperkenalkan insuran INSAN, 6 juta rakyat Selangor dapat manfaat, setiap rakyat Selangor berumur 30 hari sehingga 80 tahun berhak menikmatinya," tambahnya.
Sementara itu, Selangor menjadi satu-satunya negeri yang mempunyai pelan hala tuju ekonomi menerusi Rancangan Selangor Pertama (RS1) yang dilancarkan pada 2023.
"Kerajaan Selangor melancarkan pada tahun 2023 Rancangan Selangor Pertama (RS1), satu-satunya negeri yang ada,
"Kita lihat bagaimana nak jadikan Selangor sebagai negeri pintar, pelaburan yang sihat ke arah teknologi hijau, mengurangkan karbon dan sebagainya, tetapi pada waktu sama meningkatkan pendapatan negeri, menyediakan peluang pekerjaan yang banyak dan pelbagai," ujarnya.
Jelas beliau lagi, RS1 turut menyediakan program yang bersepadu meliputi selatan hingga ke utara Selangor.
Topic Berkaitan
#Rancangan Selangor Pertama
#Saipolyazan M Yusop
#ekonomi Selangor
#rakyat selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan