awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Insentif pengeluaran getah bagi Mac 2023 diaktifkan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak

Bernama
Bernama
31/03/2023
21:00 MYT
Insentif pengeluaran getah bagi Mac 2023 diaktifkan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak
Menurut LGM, IPG lateks teraktif pula adalah pada kadar 90 sen sekilogram bagi 100 peratus KGK. - Gambar fail/ Bernama
KUALA LUMPUR: Insentif Pengeluaran Getah (IPG) untuk pekebun kecil diaktifkan bagi Semenanjung, Sabah dan Sarawak bermula 1 hingga 30 April 2023 berdasarkan pengeluaran pada bulan Mac 2023.
Menurut Lembaga Getah Malaysia (LGM) dalam kenyataan hari ini, harga purata peringkat ladang bagi cup lump atau getah sekerap pada Mac 2023 berada pada RM2.35 sekilogram bagi Semenanjung dan RM2.00 sekilogram masing-masing bagi Sabah dan Sarawak.
Katanya, IPG cup lump dan lateks teraktif bagi bulan tersebut di Semenanjung adalah pada kadar 15 sen sekilogram bagi 50 peratus Kandungan Getah Kering (KGK) dan 30 sen sekilogram bagi 100 peratus KGK.
Di Sabah, ia berada pada kadar 50 sen sekilogram (50 peratus KGK) dan RM1.00 sekilogram (100 peratus KGK) manakala di Sarawak berada pada kadar 50 sen sekilogram (50 peratus KGK) dan RM1.00 sekilogram (100 peratus KGK).
Menurut LGM, IPG lateks teraktif pula adalah pada kadar 90 sen sekilogram bagi 100 peratus KGK.
Mulai Januari 2019, IPG akan diaktifkan sekiranya harga purata bulanan Getah Mutu Malaysia (GMM) 20 Percuma Atas Kapal (FOB) berada di paras RM6.10 sekilogram atau harga di peringkat ladang bagi cup lump berada di paras RM2.50 sekilogram ke bawah.
Sementara itu, IPG lateks akan teraktif apabila IPG cup lump teraktif.
Kadar IPG lateks adalah tetap pada kadar 90 sen sekilogram lateks 100 peratus KGK. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#IPG
#pekebun kecil
#getah sekerap
#KGK
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan