KUALA LUMPUR: Insentif Pengeluaran Getah (IPG) untuk pekebun kecil diaktifkan bagi Disember 2022 di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
Menurut Lembaga Getah Malaysia (LGM) dalam kenyataan hari ini, harga purata peringkat ladang bagi 'cup lump' atau getah sekerap pada Disember 2022 berada pada RM2.30 sekilogram bagi Semenanjung, RM1.95 sekilogram bagi Sabah dan RM2.00 sekilogram bagi Sarawak.
Katanya IPG getah sekerap dan lateks teraktif bagi bulan tersebut di Semenanjung adalah pada kadar 20 sen sekilogram bagi 50 peratus Kandungan Getah Kering (KGK) dan 40 sen sekilogram bagi 100 peratus KGK.
Di Sabah, ia berada pada kadar 55 sen sekilogram (50 peratus KGK) dan RM1.10 sekilogram (100 peratus KGK) manakala IPG di Sarawak, masing-masing pada 50 sen sekilogram (50 peratus KGK) dan RM1.00 sekilogram (100 peratus KGK).
Menurut LGM, IPG lateks teraktif pula adalah pada kadar 90 sen sekilogram bagi 100 peratus KGK.
Pekebun kecil di Semenanjung, Sabah dan Sarawak layak menerima bayaran IPG berdasarkan pengeluaran Disember 2022 mulai 1 hingga 31 Jan 2022.
Mulai Januari 2019, IPG diaktifkan sekiranya harga purata bulanan Getah Mutu Malaysia (GMM) 20 Percuma Atas Kapal (FOB) berada di paras RM6.10 sekilogram atau harga di peringkat ladang bagi getah sekerap berada di paras RM2.50 sekilogram ke bawah.
Sementara itu, IPG lateks akan teraktif apabila IPG getah sekerap teraktif.
Kadar IPG lateks adalah tetap iaitu pada kadar 90 sen sekilogram lateks 100 peratus KGK.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 31 2022
Harga purata peringkat ladang bagi 'cup lump' atau getah sekerap pada Disember 2022 berada pada RM2.30 sekilogram bagi Semenanjung, RM1.95 sekilogram bagi Sabah dan RM2.00 sekilogram bagi Sarawak. - Gambar hiasan/Astro AWANI
Kes cubaan bunuh digugur, keluarga mohon penjelasan AGC
Ahli keluarga kepada bekas anggota polis, Koperal Muhamad Khairul Syafiq Ahmad yang lumpuh selepas dilanggar sewaktu bertugas mengejar penjenayah meminta penjelasan Jabatan Peguam Negara (AGC) susulan kes cubaan membunuh dibawah Seksyen 307 kanun keseksaan digugurkan.
Mengambil manfaat daripada kisah lampau menerusi ziarah luar
Beberapa kepentingan Ziarah Luar termasuk mengambil pengajaran tentang sirah atau sejarah Rasulallah untuk dimanfaat secara bersama dalam konteks hari ini diterapkan semasa program Ziarah Luar yang dirangka Tabung Haji kepada petugas yang menjalankan operasi sempena musim haji tahun ini, 1445H/2024M.
Polis buru dua suspek kes tembak di Pasir Mas
Polis sedang memburu dua suspek disyaki terlibat dalam kes tembakan di Kampung Alor Pinggan, Gelang Mas, Kelantan pada awal pagi Sabtu.
Kedudukan Malaysia perlu dilihat secara menyeluruh
Laporan Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 yang disiarkan Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) mengenai kedudukan terkini Malaysia perlu dilihat dalam konteks yang menyeluruh.
MB zahir terima kasih atas komitmen PM bangunkan Kedah
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan di atas kesediaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendengar dan meluluskan permintaan Kedah berkaitan projek-projek pembangunan di negeri ini.
PM arah TPM cari solusi tingkat pelajar TVET
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut meminta TPM, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk mencari jalan penyelesaian dalam menangani kekurangan pelajar TVET bagi memeuhi permintaan industri berteknologi tinggi.
Masalah di Kedah selesai dalam tempoh dua bulan- PM
Kerajaan Persekutuan memberikan komitmen untuk menoktahkan masalah miskin tegar membabitlan 2,500 keluarga di negeri Kedah dalam tempoh dua bulan.
China padam impian Malaysia beraksi di pentas final
Hasrat Malaysia untuk menamatkan kemarau 32 tahun menjulang Piala Thomas tidak kesampaian apabila tewas kepada tuan rumah China, 1-3 dalam aksi suku akhir edisi 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 4 Mei 2024.
14 terkorban, banjir dan tanah runtuh di Sulawesi Selatan
Pasukan mencari dan menyelamat kebangsaan Indonesia (Basarnas) mengesahkan 14 terkorban susulan banjir dan tanah runtuh yang melanda Kabupaten Luwu di wilayah Sulawesi Selatan pada Jumaat.
Pekebun kecil getah di Sabah, Sarawak terima bayaran IPG bagi Mac
Bermula Januari, IPG diaktifkan sekiranya harga purata bulanan peringkat ladang bagi getah sekerap di paras RM3.00 sekilogram ke bawah.
Pengambilan calon guru di IPG diperluas kepada lepasan STPM, STAM, matrikulasi - KPM
Pengambilan calon bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di Institut Pendidikan Guru (IPG) diperluas kepada lepasan STPM, STAM dan matrikulasi.
Insentif pengeluaran getah bagi Mac 2023 diaktifkan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak
Insentif Pengeluaran Getah (IPG) untuk pekebun kecil diaktifkan bagi Semenanjung, Sabah dan Sarawak bermula 1 hingga 30 April 2023 berdasarkan pengeluaran pada bulan Mac 2023.
Insentif Pengeluaran Getah Disember diaktifkan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak
Insentif Pengeluaran Getah (IPG) untuk pekebun kecil diaktifkan bagi Disember 2022 di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
IPG Kota Bharu hasilkan Jalur Gemilang terpanjang
Sambutan bulan kemerdekaan dizahirkan dengan menjahit bendera Malaysia sepanjang 72 meter.
Cadangan naikkan harga lantai getah sekerap akan dibincang dalam penyediaan Bajet 2023
Cadangan menaikkan harga lantai getah sekerap kepada RM3.50 sekilogram akan dijadikan sebagai input dalam penyediaan Bajet 2023, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Mohd Shahar Abdullah.
Kualiti guru program pengambilan 'one-off' dijamin melalui proses saringan terperinci
Walaupun membuka permohonan kepada graduan bukan jurusan pendidikan dan perguruan, standard dan kriteria Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) perlu ditepati oleh setiap yang memohon.
COVID-19: Pembukaan sekolah di seluruh negara pada 20 Januari ditangguh - KPM
Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan sesi persekolahan secara bersemuka yang dijadualkan bermula 20 Januari di seluruh negara ditangguhkan berikutan keadaan semasa jangkitan COVID-19.
209 institusi pendidikan di zon merah Kuching ditutup mulai esok - KPM
Bilangan itu merangkumi sekolah rendah dan menengah di bawah KPM, Institusi Pendidikan Guru, Kolej Matrikulasi serta sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM.
Graduan UEC diterima masuk IPG khusus Bahasa Cina di SJKC - Radzi Jidin
Kesemua graduan mengikuti PISMP sejak tahun 2011 dan diteruskan ketika pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH).