awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Insentif RM1,000 untuk pelajar cemerlang SPM 2021 di Pahang

Norfarhiza Mohd Atar
Norfarhiza Mohd Atar
23/06/2022
04:50 MYT
Insentif RM1,000 untuk pelajar cemerlang SPM 2021 di Pahang
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail ketika mempengerusikan mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) bersetuju memberikan insentif RM1,000 untuk pelajar cemerlang SPM 2021 di Pahang. - Foto Facebook/Wan Rosdy bin Wan Ismail
KUANTAN: Kerajaan Negeri Pahang menerusi mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) bersetuju untuk memberi insentif tunai RM1,000 kepada pelajar cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, insentif berkenaan melibatkan implikasi kewangan berjumlah RM300,000 akan diberikan kepada setiap pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang gred A dalam semua mata pelajaran SPM.
"Sumbangan ini merupakan penghargaan Kerajaan Negeri Pahang kepada segala usaha, penat lelah, kesukaran dan ketekunan para pelajar yang terpaksa belajar dalam suasana penuh cabaran.
"Ini termasuk mereka terpaksa mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akibat pandemik COVID-19," katanya dalam kenyataan di laman Facebook hari ini.
Wan Rosdy yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai berkata, seramai 300 daripada 17,008 calon yang mengambil peperiksaan SPM 2021 di negeri ini memperoleh keputusan grade A dalam semua mata pelajaran yang telah diumumkan pada 16 Jun 2022 yang lalu.
Beliau turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan tersebut.
"Terima kasih juga kepada tenaga pengajar dan ibu bapa yang tidak jemu-jemu mencurahkan ilmu demi kejayaan pelajar-pelajar ini.
"Selamat maju jaya kepada pelajar-pelajar cemerlang ini dan semoga berjaya dalam bidang yang diceburi pada masa depan," katanya.
Topic Berkaitan
#insentif
#pelajar cemerlang
#SPM
#Wan Rosdy Wan Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan