awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
AS bina rizab strategik pertama mineral kritikal - Trump
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Insiden bom lempar: Suasana pilu selubungi pengebumian jenazah jurulatih TUDM

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
26/06/2023
07:42 MYT
Insiden bom lempar: Suasana pilu selubungi pengebumian jenazah jurulatih TUDM
Jenazah Koperal Udara (U) Mohd Syuib Bidin, 33, disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tok Kapor, Binjai Kemaman kira-kira pukul 12.30 tengah hari tadi. - Foto Astro AWANI
KEMAMAN: Jenazah jurulatih Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terkorban dalam insiden letupan bom lempar ketika sesi latihan di lapang sasar Kem Syed Sirajuddin, Gemas, Tampin selamat dikebumikan pada Isnin. 
 Jenazah Koperal Udara (U) Mohd Syuib Bidin, 33, disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tok Kapor, Binjai Kemaman kira-kira pukul 12.30 tengah hari tadi.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan sepasang cahaya mata berusia empat tahun dan setahun empat bulan. - Foto Astro AWANI
Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan sepasang cahaya mata berusia empat tahun dan setahun empat bulan. - Foto Astro AWANI
Terdahulu, jenazah yang diterbangkan menggunakan helikopter EC 725 TUDM dari Kem Empat Rejimen Artileri Diraja Gemas, Negeri Sembilan.
Sejurus tiba jenazahnya dibawa ke Masjid Jamek, Binjai untuk disolatkan sebelum dikebumikan mengikut istiadat pengebumianTUDM.
Seorang lagi anggota TUDM maut ketika latihan, TUDM tubuh Lembaga Siasatan

 
 Suasana pilu turut menyelubungi tanah perkuburan apabila sebahagian daripada 100 ahli keluarga dan anggota TUDM yang hadir memberi penghormatan terakhir gagal menahan sebak ketika upacara pengebumian. 
 Allahyarham Mohd Syuib yang merupakan jurulatih di Institut Pengajian Pentadbiran dan Pengurusan (INSTAR), Pangkalan Udara Sendayan, Johor.
Anggota TUDM yang hadir memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Koperal Udara (U) Mohd Syuib Bidin - Foto Astro AWANI
Anggota TUDM yang hadir memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Koperal Udara (U) Mohd Syuib Bidin - Foto Astro AWANI

 Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan sepasang cahaya mata berusia empat tahun dan setahun empat bulan. 
 Asisten Ketua Staf J3 Markas Angkatan Bersama, Mejar Jeneral Datuk Nur Hafis Abdul Karim, menyerahkan Jalur Gemilang kepada isteri Allahyarham, Nur Faziera Izam. 
 Pada Ahad media melaporkan seorang penuntut INSTAR maut di tempat kejadian manakala seorang lagi iaitu jurulatih meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital Segamat susulan insiden letupan bom lempar itu. 
 Kejadian itu turut menyebabkan seorang lagi jurulatih cedera dan masih menerima rawatan.
Topic Berkaitan
#insiden letupan bom lempar
#jurulatih TUDM
#dikebumikan
#Mohd Syuib Bidin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan