awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Insiden bunyi dentuman di Stesen Abdullah Hukum, Rapid Rail perjelas punca

Astro Awani
Astro Awani
13/03/2025
08:45 MYT
Insiden bunyi dentuman di Stesen Abdullah Hukum, Rapid Rail perjelas punca
Situasi cemas di dalam koc LRT apabila bunyi dentuman kedengaran di Stesen Abdullah Hukum pada malam Rabu. - Tangkap layar video tular
KUALA LUMPUR: Insiden bunyi dentuman kuat di Stesen Abdullah Hukum pada malam Rabu disahkan berpunca daripada kerosakan komponen pemasangan pengumpul kuasa pada sebuah tren.
Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) selaku pengendali perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) dalam kenyataan hari ini, berkata berlaku gangguan teknikal pada tren bernombor 84 dalam kejadian pukul 10.43 malam itu.
Tren terbabit kini dihantar ke depoh penyelenggaraan untuk siasatan lanjut.
Tambah Rapid Rail, bagi memastikan kejadian sama tidak berulang, pihak jurutera Rapid Rail akan mempertingkatkan pemeriksaan pada semua tren yang beroperasi di Laluan Kelana Jaya.
"Ini bagi memastikan kebolehpercayaan perkhidmatan tren sentiasa berada di tahap yang optimum dan selamat.
"Selain itu, pemantauan yang lebih kerap turut dijalankan oleh pegawai transit terutamanya di dalam tren ketika waktu puncak.
"Rapid Rail memohon maaf di atas kesulitan dialami penumpang semasa insiden dan akan terus melakukan penambahbaikan," ujarnya pada Khamis.
Terdahulu, tular video memaparkan situasi tegang di dalam koc LRT selepas bunyi dentuman terbabit kedengaran.
Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan melibatkan penumpang dilaporkan.
Semua penumpang terjejas diturunkan di Stesen Abdullah Hukum dan perkhidmatan tren alternatif diaktifkan bagi membolehkan penumpang meneruskan perjalanan ke destinasi.
Topic Berkaitan
#stesen LRT
#masjid jamek
#rapid rail
#dentuman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan