awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Insiden Dayang Topaz: Jabatan Laut tubuh pasukan penyiasat

Bernama
Bernama
12/11/2020
08:45 MYT
Insiden Dayang Topaz: Jabatan Laut tubuh pasukan penyiasat
Dalam kejadian itu, dua anak kapal maut manakala 185 yang lain berjaya diselamatkan. -Gambar fail
MIRI:Jabatan Laut Malaysia (JLM) menubuhkan satu pasukan penyiasat bagi mengumpul bukti dan dokumen sokongan mengenai siasatan berkaitan insiden kapal MV Dayang Topaz di Perairan Miri pada 27 Okt lepas.
JLM dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan pasukan penyiasat bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah membuat tinjauan di lokasi (Baram-B) dan kapal MV Dayang Topaz pada 29 Okt lepas.
JLM memaklumkan bahawa berdasarkan hasil tinjauan berkenaan mendapati tiada pencemaran marin berlaku dan keputusan ujian calitan COVID-19 ke atas semua kru dan penumpang MV Dayang Topaz adalah negatif.
Justeru, JLM menarik semula sekatan lawatan ke atas kapal berkenaan pada 6 Nov lepas bagi memberi laluan kepada pihak ketiga dan Petronas untuk melawat kapal.
"Tindakan lanjut JLM telah dilakukan bagi tujuan pengambilan bahan bukti Voyage Data Recorder (VDR) kepunyaan MV Dayang Topaz bagi melengkapkan siasatan.
"Sehingga kenyataan media ini dikeluarkan, JLM sudah memastikan kesemua perincian faktor yang menyumbang kepada kejadian kemalangan ini dan tindakan berkaitan diambil bagi memastikan siasatan berjalan dengan jayanya," menurut kenyataan itu.
BACA: Dayang Topaz: Dua anak kapal disahkan meninggal dunia, 185 berjaya diselamatkan
BACA: Insiden Dayang Topaz: Siasatan sedang berjalan - Petronas
Selaku agensi peneraju bidang maritim di Malaysia, JLM menegaskan bahawa pihaknya sentiasa komited dalam memastikan aspek keselamatan pelayaran negara diutamakan seiring perkembangan teknologi.
Dalam kejadian 27 Oktober lepas, dua kru kapal berkenaan maut dikenali sebagai Aaron Michael Rajasgran, 34, dan Thomas Liang, 39, selepas tali sauh kapal platfrom MV Dayang Topaz terputus sebelum merempuh pelantar minyak di Kuala Baram.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dayang Topaz
#Jabatan Laut
#pasukan penyiasat
#bukti
#dokumen
#MV Dayang Topaz
#Miri
#Sarawak
#Maritim Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan