awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Insiden ELITE: Kejadian berlaku terlalu cepat - Abd Razak

Bernama
Bernama
19/12/2021
14:23 MYT
Insiden ELITE: Kejadian berlaku terlalu cepat - Abd Razak
Petugas barisan hadapan yang juga pengurus jenazah COVID-19 memangku jenazah salah seorang kanak-kanak yang maut dalam kemalangan Jumaat lepas berdekatan R&R USJ Lebuhraya ELITE, semasa proses pengebumian di Tanah Perkuburan USJ21. - fotoBERNAMA
SHAH ALAM: "Kejadian (kemalangan) itu terlalu cepat dan saya hanya tersedar sudah terbaring (cedera) di tepi jalan manakala kereta kami sudah berada di bawah treler," luah Abd Razak Majit, 50, yang terselamat dalam nahas jalan raya yang mengorbankan isteri serta lapan anaknya dalam sekelip mata, Jumaat lepas.
Abd Razak yang merupakan seorang pengawal keselamatan berkata kereta Proton Wira dinaiki mereka berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami masalah bateri dan beliau gagal menghidupkan enjin kenderaan itu walaupun telah mencuba berkali-kali.
Menurut Abd Razak, beliau menelefon anak saudara perempuannya, Ummi Nasuha Annuwar, 20, untuk pertolongan dan Ummi Nasuha tiba bersama rakan-rakannya, Mimie Nafiesa Abdullah, 19, dan Ihyat Sufi Shokip, 20, yang kemudian hanya cedera ringan dalam kemalangan itu.
Kemalangan | 10 maut di Shah Alam
BACA: 10 maut dalam kemalangan tiga kereta, treler di Lebuhraya ELITE
"Kemalangan yang berlaku dalam hujan lebat itu mengakibatkan kaki kanan saya cedera dan masih dalam proses rawatan," katanya kepada pemberita selepas selesai pengebumian Allahyarham isteri dan lapan anaknya di Tanah Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 di sini hari ini.
BACA: Insiden tragis ELITE: PM zahir takziah, seru Keluarga Malaysia berhati-hati ketika memandu
Allahyarham Norul Naziah Buyong, 37, selamat dikebumikan bersama lapan anaknya iaitu Razarul Amin Abd Razak, 17; Razatul Aliah, 16; Puteri Hidayah, 12; Muhamad Aizat Syazwan, 10; Muhamad Rolkaizat Rezky, 9; Muhamad Hidayat Hakimie, 7; Puteri Nur Ain Syalwana, 3; dan Muhammad Raid Fathi yang berusia 10 bulan, dalam satu liang lahad pada kira-kira 1.30 tengah hari tadi.
Abd Razak berkata beliau bersyukur urusan pengebumian berjalan lancar dan berterima kasih kepada semua pihak termasuk Lembaga Zakat Selangor (LZS), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan polis yang membantu segala urusan.
Turut terbunuh dalam kemalangan yang mengorbankan 10 nyawa itu adalah seorang mekanik, Mohamad Rahimi Rolex, 27, yang dikebumikan di tanah perkuburan sama, kira-kira 1 pagi tadi.
Kejadian berlaku selepas sebuah treler dipercayai merempuh kereta mangsa, kereta Mohamad Rahimi serta sebuah Perodua Axia.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis dilapor berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 11.42 malam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Abd Razak Majit
#kemalangan Lebuhraya ELITE
#10 sekeluarga
#Lembaga Zakat Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan