KUALA LUMPUR: Perintah menggantung atau membatalkan lesen pengendali syarikat treler terlibat kemalangan di Lebuhraya ELITE yang mengorbankan 10 nyawa malam tadi, akan dikeluarkan sekiranya didapati melanggar keperluan Tataamalan Industri Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Bagi Aktiviti Pengangkutan Jalan 2010 (ICOP).
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong berkata kementerian tidak akan berkompromi dengan mana-mana syarikat yang gagal mematuhi ICOP serta melanggar syarat lesen pengendali dan perintah itu akan dikeluarkan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) selepas selesai siasatan oleh pihak berkuasa.
"Semua pihak berkuasa berkaitan di bawah Kementerian Pengangkutan (MOT) termasuk Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) sedang menyiasat kejadian tersebut secara terperinci untuk mengenal pasti faktor yang menyebabkan kemalangan tragis itu berlaku.
"Laporan daripada penyiasatan ini nanti termasuk laporan Pemeriksaan dan Audit Keselamatan (JISA) JPJ akan diserahkan secepat mungkin kepada APAD untuk tindakan lanjut di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715)," katanya dalam kenyataan hari ini.
BACA: 10 maut dalam kemalangan tiga kereta, treler di Lebuhraya ELITE
Katanya pelanggaran syarat itu mampu mewujudkan risiko keselamatan kepada pemandu lain termasuk pejalan kaki dan orang awam, secara amnya.
"MOT amat berduka cita dengan kejadian tersebut apabila sebuah lori treler merempuh tiga buah kereta yang berhenti di lorong kecemasan sehingga meragut 10 nyawa termasuk seorang ibu dan lapan orang anaknya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 18 2021
Ka Siong berkata kementerian tidak akan berkompromi dengan mana-mana syarikat yang gagal mematuhi ICOP. - Gambar/ Bernama
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Tidak ambil gaji dan elaun, bukti komitmen Ramanan demi warga Sungai Buloh
Ramanan menjadi tumpuan umum selepas menyingkirkan Khairy Jamaluddin di Parlimen Sungai Buloh dalam pertarungan yang dianggap cukup sengit.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
Insiden tragis ELITE: PM zahir takziah, seru Keluarga Malaysia berhati-hati ketika memandu
Perdana Menteri mendoakan agar roh kesemua mangsa dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama roh golongan beriman dan beramal soleh.