KUALA LUMPUR: Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) bersama beberapa agensi penguatkuasa masih lagi menjalankan siasatan bagi mengenalpasti punca kren gantri terjatuh dalam projek pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) di Persiaran Alam Damai pada Isnin.
Ketua Eksekutif CIDB, Datuk Ir Ahmad ‘Asri Abdul Hamid berkata pihaknya menjalankan siasatan di bawah Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (Akta 520).
Tegas beliau, kontraktor yang didapati gagal memenuhi tanggungjawab untuk memastikan keselamatan semasa atau selepas pembinaan, dan menyebabkan kematian, mereka boleh didenda tidak lebih dari RM500,000 atau dipenjara tidak melebihi dua tahun, atau kedua-duanya sekali.
"Setiap kontraktor perlu menjalankan tanggungjawab untuk memastikan keselamatan bangunan dan kerja-kerja pembinaan, sama ada semasa atau selepas pembinaan.
"Pihak-pihak yang mempunyai hak dan kuasa untuk mengendalikan tapak binaan turut mempunyai tanggungjawab untuk memastikan tapak pembinaan adalah selamat di bawah Akta tersebut," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata CIDB mempunyai hak untuk memberhentikan kerja-kerja pembinaan serta-merta bagi melaksanakan pemeriksaan di tapak pembinaan dengan kos kontraktor.
CIDB juga, katanya boleh mengeluarkan arahan untuk menjalankan kerja-kerja pembinaan yang ditetapkan dan merobohkan bangunan yang rosak atau mana-mana bahagian yang rosak pada bangunan atau infrastruktur.
BACA: Tragedi kren SUKE: Waris pekerja warga asing layak dapat manfaat Perkeso
BACA: Insiden kren SUKE: Mangsa cedera parah masih di ICU
Sejak pindaan Akta 520 dikuatkuasa pada akhir 2016, Ahmad 'Asri berkata sebanyak 628 kontraktor telah dikenakan tindakan termasuk penggantungan, pembatalan atau penarikan semula pendaftaran.
Manakala 312 pengarah syarikat telah disenarai hitam atas pelbagai kesalahan.
Selain CIDB, siasatan berhubung insiden tersebut turut dijalankan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
JKKP menyiasat di bawah peruntukan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) sementara DBKL menggunakan peruntukan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) dan lain-lain undang-undang serta peraturan yang berkaitan.
Terdahulu, tiga warga China dikenali sebagai Ding Kunfu, Jiang Jinboa dan Mu Tong Zheng disahkan maut dalam kejadian tersebut.
Ding dan Jiang maut selepas terjatuh dari ketinggian 36.6 meter ketika menyelenggara landasan berkenaan.
Pemandu kereta Bezza, Low Zy Jing pula cedera parah akibat dihempap struktur kren berkenaan semasa melalui kawasan tersebut, sementara dua lagi individu terselamat.
Hasimi Muhamad
Wed Mar 24 2021
CIDB menjalankan siasatan di bawah Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (Akta 520). - Gambar fail/Astro AWANI
“Walaupun mereka minta undi belah bahagi itu hak mereka”- Speaker Dewan Rakyat
Kekecohan berlaku dalam Dewan Rakyat selepas Ahli Parlimen Jelutong mempertikaikan undi belah bahagi yang di mohon oleh pihak pembangkang.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
Isu papan tanda: Penguatkuasaan dilaksana untuk pastikan peraturan dipatuhi - Dr Zaliha
Tindakan penguatkuasaan terhadap papan tanda premis perniagaan yang tidak menepati undang-undang dibuat bukan atas desakan mana-mana pihak atau individu.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
Papan tanda: Tindakan penguatkuasaan untuk pastikan peniaga patuhi peraturan - DBKL
DBKL menegaskan tindakan penguatkuasaan peraturan papan tanda yang dijalankan di sekitar ibu negara baru-baru ini bertujuan memastikan premis perniagaan mematuhi undang-undang kecil yang ditetapkan.
DBKL potong bekalan air penduduk PA, PPR culas bayar sewa
DBKL akan melaksanakan operasi pemotongan bekalan air terhadap penyewa Perumahan Awam (PA) dan Program Perumahan Rakyat (PPR) yang culas membayar tunggakan sewa.
VMS, papan iklan LED DBKL papar status cuaca mulai esok - Dr Zaliha
Langkah proaktif itu bagi memastikan rakyat dapat bersedia dan mengambil langkah awal kemungkinan berlaku bencana banjir kilat.
Sebahagian Jalan Masjid India terlibat insiden tanah jerlus dibuka semula
Kawasan ground zero berhampiran Wisma Melayu masih ditutup untuk kerja-kerja pembaikan yang dijangka selesai menjelang hujung Disember 2024.
DBKL kenal pasti lokasi, bantu golongan belia mula perniagaan
DBKL telah mengenal pasti beberapa lokasi berpotensi untuk membantu golongan belia memulakan perniagaan di sekitar ibu negara.
Satu taman, RM1 juta untuk hijaukan Kuala Lumpur - Datuk Bandar KL
RM1 juta akan diperuntukan untuk membuka taman di sekitar Kuala Lumpur sebagai usaha menghijaukan kota raya berkenaan.
Cadangan bangunkan CUT perlu diteliti - Datuk Bandar KL
Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif berkata, pihaknya perlu mengkaji dengan mendalam mengenai teknologi itu secara menyeluruh.
Kepengerusian ASEAN: Kesiapsiagaan banjir kilat diberi keutamaan sepanjang masa - Dr Zaliha
Kesiapsiagaan menghadapi banjir, terutama banjir kilat di ibu negara, terus diberi keutamaan sepanjang masa khususnya selepas Malaysia mengambil alih Kepengerusian ASEAN daripada Laos.