Kes pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 yang ditembak jatuh di ruang udara timur Ukraine tahun lepas, perlu dibawa dan diadili di mahkamah Malaysia.
Cadangan itu disuarakan Felo Kanan, Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Sufian Jusoh dalam temu bual dengan Bernama.
"Perkara ini tidak mustahil kerana Malaysia berhak membawa suara rakyatnya yang terkorban dalam tragedi itu serta anggota keluarga mereka supaya ia disiasat secara telus di negara ini," katanya.
Menurutnya, faktor bahawa pesawat Boeing 777 itu ialah milik syarikat penerbangan negara ini mengukuhkan lagi pentingnya insiden yang mengorbankan 298 orang termasuk 43 warga Malaysia itu disiasat di Malaysia.
Lembaga Keselamatan Belanda dalam laporan akhirnya Selasa epas mengenai nahas 17 Julai 2014 itu, mengesahkan bahawa MH17 ditembak jatuh leh peluru berpandu darat ke udara BUK di ruang udara timur Ukraine.
Laporan itu dikeluarkan selepas 15 bulan siasatan dijalankan lembaga berkenaan yang turut melibatkan tujuh negara iaitu Australia, Belanda, Malaysia, Ukraine, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Rusia.
Sufian berkata laporan itu hanya menyatakan bahawa senjata BUK telah digunakan, namun siapa yang membuat senjata itu tidak semestinya pihak yang menembak pesawat berkenaan yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
"Sebab itu kita nak tahu siapa penjenayah sebenar yang menggunakan senjata itu untuk menembak MH17," katanya mengenai pesawat itu yang ketika kejadian terbang pada ketinggian 33,000 kaki.
Sufian turut menjadikan contoh pendakwaan yang dilakukan di Malaysia terhadap tujuh lanun Somalia yang melepaskan tembakan ke arah pasukan Angkatan Tentera Malaysia ketika merompak kapal dagang MT Bunga Laurel di Teluk Aden, untuk menguatkan hujahnya bagaimana insiden MH17 boleh diadili di Malaysia.
Susulan insiden di perairan Teluk Aden pada 20 Jan 2011 itu, kumpulan rakyat Somalia berkenaan dipenjara antara lapan dan 10 tahun.
Dalam pada itu, Sufian menegaskan Malaysia perlu bijak menggunakan hubungan diplomatik sedia ada dengan Rusia dan Ukraine ke arah mencari dan membawa dalang di sebalik nahas MH17 itu untuk dibicarakan di negara ini.
Menurutnya, walaupun Malaysia bukan sebuah kuasa besar, ia boleh menggunakan pengaruhnya di peringkat antarabangsa sebagai anggota Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM), ASEAN dan anggota tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) untuk mencapai matlamat itu.
"Kuasa kecil boleh menggunakan kuasa besar untuk mendapatkan keadilan tetapi (kita) perlu menggunakan kebijaksanaan diplomatik dalam hubungan antarabangsa untuk membolehkan kita mendapat keadilan.
"Katakan kita berjaya menangkap orang yang menembak pesawat itu, kita perlu beri keterangan di mahkamah, jadi dokumen yang digunakan dalam siasatan yang dikeluarkan pasukan penyiasat antarabangsa perlu dibentangkan di mahkamah sebagai sebahagian daripada bahan bukti.
"Saya tak nampak negara seperti Belanda atau mana-mana yang terlibat dalam penyiasatan tidak mahu bekerjasama kerana rakyat mereka juga terkorban dalam nahas ini," katanya.
Bernama
Fri Oct 16 2015
Kes pesawat penerbangan MH17 yang ditembak jatuh di ruang udara timur Ukraine tahun lepas, perlu dibawa dan diadili di mahkamah Malaysia. -Gambar fail
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Pemandu Mercedez terbakar, juga suspek langgar lari motorsikal
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motorsikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan usul perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damsyik dibuka semula pada Ahad, seminggu selepas kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
Tragedi MH17: Kerajaan Australia ikrar akan terus mencari keadilan
Kerajaan Australia bertekad akan membawa mereka yang bertanggungjawab ke atas targedi MH17 itu ke muka keadilan.
Sedekad MH370: Harapan baharu pencarian semula, hapuslah spekulasi
Dianggap tragedi terburuk dalam sejarah penerbangan negara, kehilangan itu menuntut 'kemahiran berfikir aras tinggi' pelbagai pihak.
Penumpang jatuh selepas buka pintu pesawat
Seorang penumpang Air Canada cedera selepas terjatuh kira-kira enam meter apabila dia membuka pintu pesawat baru-baru ini.
Mengenang MH370: 'Sesuatu yang kita perlu terima, walaupun sukar' - Tun M
Beliau turut berdoa agar usaha mencari pesawat itu membuahkan hasil, namun jika yang sebaliknya berlaku, ia pastinya sesuatu yang sukar namun tetap perlu diterima.
MH370: Pihak berkuasa Australia semak data baharu, namun tidak syor pencarian
ATSB sedang menyemak dakwaan seorang jurutera aeronautik Britain yang mengatakan mengetahui kedudukan sebenar pesawat Malaysia Airlines, MH370 yang hilang dari radar pada 8 Mac 2014.
Ulang tahun ke-7: Warga Ukraine kenang insiden MH17 ditembak jatuh
Penduduk tempatan membawa jambangan bunga dan potret mangsa nahas ke lokasi peringatan itu.
MH17: Malaysia tetap komited tegakkan keadilan untuk mangsa
Malaysia sentiasa komited memberi sokongan penuh untuk membawa mereka yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat MH17 ke muka pengadilan.
Adakah pencarian baharu MH370 akan menyembuhkan luka lama?
Tujuh tahun telah berlalu selepas pesawat malang MH370 hilang daripada radar namun misteri Boeing 777 masih terus berlegar. Perlukah pencarian pesawat baharu dijalankan untuk menoktahkan jawapan yang
Berita antarabangsa pilihan sepanjang Selasa
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
UK larang pesawat Boeing 777 guna ruang udara
Larangan itu susulan insiden enjin pesawat jenis Pratt & Whitney 4000-112 yang terbakar baru-baru ini di Denver.