Skip to main content

Malaysia

Insiden perlanggaran feri Pulau Pinang masih dalam siasatan MOT - Exco

Berdasarkan maklumat Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, laporan awal kejadian telah dikemukakan dan sedang diteliti oleh National Task Force pada peringkat Kementerian Pengangkutan. - Gambar fail
Berdasarkan maklumat Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, laporan awal kejadian telah dikemukakan dan sedang diteliti oleh National Task Force pada peringkat Kementerian Pengangkutan. - Gambar fail
Advertisement

Insiden perlanggaran kapal kargo MV Mekar Jaya dan Feri Teluk Bahang pada 1 Sept yang menyebabkan kecederaan kepada penumpang masih dalam siasatan pihak berkuasa berkaitan.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital Pulau Pinang Zairil Khir Johari berkata berdasarkan maklumat Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP), laporan awal kejadian telah dikemukakan dan sedang diteliti oleh National Task Force pada peringkat Kementerian Pengangkutan (MOT).

“Sehubungan dengan itu, punca kejadian, faktor risiko serta langkah pencegahan dan penambahbaikan yang bersesuaian adalah tertakluk kepada hasil siasatan dan penilaian keselamatan yang dijalankan.

Advertisement

“Laporan akhir akan dikeluarkan oleh MOT setelah siasatan selesai,” katanya dalam jawapan bertulis pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang di sini hari ini.

Zairil menjawab pertanyaan Mohd Yusni Mat Piah (PN-Penaga) mengenai hasil penilaian keselamatan kerajaan negeri susulan pelanggaran itu.

Advertisement

Beliau berkata kejadian itu tertakluk kepada bidang kuasa pihak berkuasa berkaitan dan di luar bidang kuasa langsung kerajaan negeri.

Kejadian pada 8.40 malam 1 Sept berhampiran had Pelabuhan Pulau Pinang melibatkan Feri Teluk Bahang yang dalam perjalanan ke Terminal Feri Sultan Abdul Halim (PSAH) manakala MV Mekar Jaya dari Dermaga Air Dalam, Butterworth menuju ke Terminal Persiaran Swettenham Pier (SPCT). 

Laporan awal menyatakan 21 penumpang mengalami kecederaan dalam kejadian itu.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement