NATIONAL
Insiden serangan pengganas di Politeknik Ungku Omar hanya latihan - Polis

Dalam kejadian pagi ini, warga PUO gempar apabila kumpulan bersenjata 'menyerang' dan menahan seorang pensyarah serta beberapa pelajar sebagai tebusan. - Gambar/ Media sosial
IPOH: Polis Ipoh mengesahkan insiden serangan pengganas, tembakan dan tebusan pelajar di Politeknik Ungku Omar (PUO) yang viral di media sosial hari ini, adalah latihan pengurusan dan pengendalian krisis oleh pasukan 69 Komando Pasukan Gerakan Khas (PGK).
Ringkasan AI
- Insiden serangan pengganas, tembakan, dan tebusan pelajar di Politeknik Ungku Omar (PUO) adalah latihan pengurusan krisis oleh pasukan 69 Komando Pasukan Gerakan Khas (PGK) untuk menguji kesiapsiagaan agensi terlibat.
- Latihan ini melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), PUO, dan Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk memastikan keberkesanan pelan tindakan krisis keganasan.
- Orang ramai dinasihatkan supaya tidak panik dan tidak menyebarkan spekulasi tidak tepat berkaitan latihan ini.
"Latihan seumpama ini dilaksanakan dari semasa ke semasa untuk menguji keberkesanan pelan tindakan pengurusan krisis keganasan bagi memastikan keadaan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara.
"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak panik dan menyebarkan spekulasi tidak tepat berkaitan kejadian dan latihan ini," katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam kejadian pagi ini, warga PUO gempar apabila sekumpulan bersenjata 'menyerang' dan menahan seorang pensyarah serta beberapa pelajar sebagai tebusan.
"Pusat Kawalan Daerah (DCC) menerima panggilan berkaitan serangan kumpulan bersenjata daripada pegawai keselamatan PUO pada 9.04 pagi ini, memaklumkan serangan oleh kumpulan belum dikenal pasti yang telah menahan pensyarah dan pelajar sebagai tebusan.
"Laporan ini merupakan permulaan kepada senario latihan yang dinamakan Ex Kurung," katanya.
Terdahulu, beberapa video tular di media sosial menunjukkan insiden serangan pengganas di PUO, selain turut berlaku tembakan dan sekumpulan pelajar dijadikan tebusan.
Ia termasuk kemas kini dari ibu bapa pelajar di insitusi berkenaan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami