awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Insiden tembakan: Pengunjung pusat beli-belah di Shah Alam cemas

Firdaus Azil
Firdaus Azil
08/02/2025
15:07 MYT
Insiden tembakan: Pengunjung pusat beli-belah di Shah Alam cemas
Ratusan pengunjung yang sedang berada di dalam sebuah pusat membeli-belah di Shah Alam berada dalam keadan cemas apabila berlaku satu insiden tembak-menembak di lokasi berkenaan. - Gambar orang awam/Media sosial/TikTok @aroy_shem
SHAH ALAM: Ratusan pengunjung yang sedang berada di dalam sebuah pusat beli-belah di Shah Alam berada dalam keadan cemas apabila berlaku satu insiden tembak-menembak di lokasi berkenaan.
Berdasarkan video yang tular, kelihatan para pengunjung yang berlari-lari mahu segera menjauhkan diri dari lokasi kejadian, sementara ada yang lain masih keliru dengan kekecohan yang terjadi.
Difahamkan, pekerja di pusat beli-belah itu membuat keputusan untuk menutup sementara pintu gulung (roll shutter) premis perniagaan di situ.
Pada masa yang sama, tersiar beberapa video yang dimuat naik pemilik akaun peribadi di aplikasi media sosial yang antaranya menunjukkan keadaan mereka yang sedang tertanya-tanya dan gelisah, serta berlindung di dalam premis perniagaan di dalam pusat beli-belah berkenaan.
Bernama melaporkan, Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim telah mengesahkan kejadian berkenaan dan berkata pasukannya baru saja tiba di lokasi.
"Ya betul (berkenaan insiden tembakan) dan pasukan polis baru sampai di tempat kejadian, nanti saya (kongsikan) perkembangan kes," katanya ketika dihubungi.
BACA: Lepaskan lapan das tembakan di pusat beli-belah, lelaki warga tempatan sedang dijejaki polis
Topic Berkaitan
#tembakan
#shah alam
#Polis Diraja Malaysia
#pusat beli-belah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan