KOTA SAMARAHAN: "Jangan lupa sembahyang, ingat Allah setiap masa kerana kita tidak tahu bila masa akan pergi".
Itulah pesanan terakhir Sharif Mohd Siddiq Al-Attas Wan Sabli, 29, salah seorang mangsa insiden tembakan di Kem TUDM Kota Samarahan pagi tadi kepada adiknya Sharif Mohd Saddam Al-Attas.
Arwah menyampaikan pesanan tersebut kepada adiknya itu sebelum turun bekerja di kem Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kota Samarahan, pagi tadi.
Menurut Sharif Mohd Saddam, abangnya juga pernah menyatakan hasrat untuk pergi memancing bersama-samanya dalam masa terdekat, setelah membeli joran pancing baharu.
"Kami sekeluarga tidak menyangka abang pergi dalam sekelip mata, lagipun isteri arwah baru habis berpantang anak lelaki ketiganya yang baru berusia dua bulan," katanya dalam menahan tangisan ketika ditemui di Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak di Kota Samarahan hari ini.
Arwah merupakan anak kedua daripada tujuh orang adik beradik dan meninggalkan seorang isteri dan tiga orang anak.
Menurut Sharif Mohd Saddam, arwah telah berkhidmat dengan TUDM selama kira-kira 12 tahun dan sebelum ini pernah bertugas di TUDM Kepala Batas, Kedah sebelum berpindah tugas di TUDM Kota Samarahan lebih dua tahun lalu.
Sementara itu, sahabat karib mangsa Mohd Nadzmir Mohideen, 28, berkata, Sharif Mohd Siddiq mempunyai nilai persahabatan yang cukup tinggi dalam diri.
"Dia (arwah) merupakan sahabat sejati yang senang didampingi, serta punya ramai kawan kerana sikapnya yang peramah dan suka membantu rakan.
"Saya cukup terkejut sebaik menerima berita kematian arwah yang cukup tragis pagi ini," katanya yang mengenali arwah ketika sama-sama mengikuti latihan TUDM di Perak dan mula rapat ketika berpindah di TUDM Kota Samarahan.
Katanya, ketika bertugas arwah seorang yang cukup berani, mempunyai disiplin yang tinggi dan berani bersuara.
Allahyarham Sharif Mohd Siddiq merupakan antara empat anggota TUDM yang terkorban dalam insiden tembak itu yang turut melibatkan Kpl Udara Mohamad Ehsan Sehamat, Kpl Udara Ho Swee Boon dan Laskar Udara (LU) Luk Nesly Anak Nabau.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 13 2021
Menurut Sharif Mohd Saddam, arwah telah berkhidmat dengan TUDM selama kira-kira 12 tahun dan sebelum ini pernah bertugas di TUDM Kepala Batas, Kedah sebelum berpindah tugas di TUDM Kota Samarahan lebih dua tahun lalu. - Foto Astro AWANI
Kebakaran hutan tanah gambut di Rompin dijangka dipadamkan sepenuhnya seminggu lagi
Kebakaran di kawasan hutan tanah gambut di Rompin sejak Sabtu lepas dijangka dapat dipadamkan sepenuhnya dalam tempoh seminggu lagi.
Fahmi bidas kenyataan Dr Afif mengenai calon PH bagi PRK
Fahmi membidas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Dr Afif Bahardin yang dianggapnya membuat kenyataan seksis terhadap calon PH bagi PRK KKB, Pang Sock Tao.
Etika kewartawanan bezakan wartawan warga dengan pengamal media sebenar - Fahmi
Etika kewartawanan yang teguh amat penting dalam memastikan kemampanan industri media di negara ini.
Lebih 10,000 orang hilang di bawah runtuhan di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt
Perkhidmatan Pertahanan Awam Palestin pada Selasa berkata lebih 10,000 orang masih hilang di bawah runtuhan di seluruh Semenanjung Gaza sejak bermulanya serangan Israel pada 7 Okt 2023.
TLDM lancar penjajaran Pelan Transformasi 15to5
TLDM akan melancarkan dokumen Platform semasa Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2024 berlangsung pada 6 hingga 9 Mei ini.
Menteri Pertahanan Malaysia, Indonesia bincang keselamatan, kesiapsiagaan masa depan serantau
Pertemuan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Prabowo Subianto hari ini membincangkan pelbagai isu termasuk cabaran keselamatan dan mempromosi kestabilan di rantau Asia Tenggara.
PM Anwar, Menteri Ekonomi Indonesia sepakat dorong ASEAN-GCC jadi kekuatan ekonomi baharu
Anwar dan Airlangga Hartarto percaya dialog strategik ASEAN-GCC di WEF penting sebagai momentum dalam mengukuhkan kerjasama ASEAN dan GCC, khususnya bagi perdagangan dan pelaburan.
Najib dapat persetujuan Kabinet sebelum luluskan surat sokongan bon US$3 bilion
Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu Najib telah mendapatkan persetujuan sebulat suara daripada menteri-menteri Kabinet sebelum meluluskan surat sokongan berhubung penerbitan bon.
Persidangan Ulama Sedunia fokus peranan pemimpin agama memelihara keamanan - Mohd Na'im
Persidangan itu akan menjadi wadah bagi membincangkan peranan pemimpin agama dunia dalam memelihara keamanan dan kesejahteraan sejagat.
AWANI 7:45 [30/04/2024] – SPRM ambil keterangan MB Perlis | Buru tanpa kompromi | PM minta negara Arab tegas
- SPRM ambil keterangan MB Perlis, kes salah guna kuasa
- Siapa yang culas bayar cukai akan diburu, termasuklah wakil rakyat
- PM seru semua negara Arab tegas isu Palestin
- Amukan lelaki berpedang di London, lima kena tikam
- Siapa yang culas bayar cukai akan diburu, termasuklah wakil rakyat
- PM seru semua negara Arab tegas isu Palestin
- Amukan lelaki berpedang di London, lima kena tikam
Insiden tembakan TUDM: Arwah Sharif Mohd Siddiq pesan adik jangan lupa sembahyang
"Jangan lupa sembahyang, ingat Allah setiap masa kerana kita tidak tahu bila masa akan pergi".