awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan, Aidilfitri seluruh Pahang - JIM

Bernama
Bernama
12/03/2025
21:30 MYT
Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan, Aidilfitri seluruh Pahang - JIM
Nursafariza (dua, kanan) bersama Penolong Pegawai Penguatkuasa KPDN Pahang, Farizuan Su (tiga dari kanan) semasa membuat lawatan inspektorat ke atas premis-premis di Bazar Ramadan Mahkota Square pada Rabu. - Gambar Bernama
KUANTAN: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pahang sedang melaksanakan Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan dan Aidilfitri seluruh negeri itu.
Pengarahnya, Nursafariza Ihsan berkata, setakat ini, pihaknya telah memeriksa kira-kira 40 bazar dan inisiatif itu akan diteruskan hingga minggu akhir Ramadan.
"Kita telah dapatkan senarai bazar daripada pihak berkuasa tempatan iaitu kira-kira 100 lokasi di seluruh negeri ini dan JIM akan membuat inspektorat penguatkuasaan bagi meningkatkan omnipresence serta kesedaran kepada peniaga.
"Setakat pemeriksaan yang dibuat, kami mendapati semua peniaga terdiri daripada orang tempatan dan beragama Islam, tiada tangkapan dibuat terhadap peniaga warga asing di bazar," katanya kepada pemberita di Bazar Ramadan Mahkota Square, di sini, hari ini.
Beliau berkata, pemeriksaan itu turut melibatkan pelbagai pihak seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup dengan setiap agensi akan memainkan peranan masing-masing.
"Bila kita bersama agensi lain boleh juga periksa kepatuhan peniaga terhadap peraturan ditetapkan antaranya daripada aspek kebersihan dan kawalan harga... bagi JIM, kami lihat keberadaan warga asing sama ada meniaga atau membeli," jelasnya.
-- BERNAMA
Dapatkan waktu berbuka, imsak, kalkulator zakat, artikel menarik Ramadan di sini
Topic Berkaitan
#Bazar Ramadan
#Inspektorat Penguatkuasaan
#JIM Pahang
#jabatan imigresen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan