INSTAGRAM kini mengumumkan kemas kini pada perkhidmatan mereka, sekali gus akan memaparkan kemas kini terkini Instagram Notes pada halaman profil seseorang pengguna.

Kini, pihak Instagram memperluaskan lagi capaian untuk melihat kemas kini terbaharu Instagram Notes.

Sebelum ini, pengguna hanya boleh mengikuti perkembangan berkenaan Instagram Notes melalui halaman permesejan sahaja dan sedikit tersembunyi.

Dengan langkah terbaharu ini, sekiranya anda melakukan perkongsian di Instagram Notes, maka pengguna lain boleh melihatnya apabila melayari halaman profil anda.

Kemas kini baharu ini dijangka diperkenalkan secara berperingkat kepada semua di seluruh dunia. -Amanz