GADGETS
Instagram lancar IGTV, bakal bersaing dengan YouTube

Systrom ketika mengumumkan IGTV dalam satu acara di San Francisco. - Foto AP Newsroom
INSTAGRAM bakal beri saingan kepada aplikasi penstriman video YouTube.
Dalam satu acara di San Francisco, Instagram mengumumkan akan menawarkan ciri baharu dalam aplikasinya di mana pengguna boleh memuatnaik video berdurasi satu jam, berbanding had satu minit sebelum ini.
Selain itu, sebagai platform menempatkan video lebih lama ini daripada kalangan pencipta kandungan dan pengguna, Instagram turut melancarkan IGTV.

Apa itu IGTV? - Instagram
IGTV boleh diakses melalui butang di paparan utama aplikasi Instagram sedia ada serta mempunyai aplikasi tersendiri yang boleh dimuat turun di Apple Store untuk peranti iOS dan Google PlayStore untuk peranti Android.
IGTV akan menawarkan kandungan video popular dalam bentuk menegak daripada selebriti Instagram.
Sesiapa sahaja boleh menerbitkan kandungan di IGTV, selain untuk pengguna yang ingin menonton sahaja, pengguna akan disajikan dengan kandungan yang dicadangkan bersama-sama kandungan daripada rakan-rakan yang anda ikuti di Instagram.

Paparan utama Instagram
“IGTV adalah seumpa televisyen – di mana video akan dimainkan secara automatik apabila anda membuka aplikasi berkenaan, selain setiap rakan atau profil yang anda ikuti adalah seumpama saluran televisyen.

Paparan utama IGTV
“Begitu juga dengan IGTV, video akan terus dimainkan apabila anda membuka aplikasi berkenaan,” katanya.

Paparan utama IGTV
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami