awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Instagram tambah ciri keselamatan lindungi pengguna remaja

Astro Awani
Astro Awani
17/03/2021
03:55 MYT
Instagram tambah ciri keselamatan lindungi pengguna remaja
Syarikat media sosial itu turut memaklumkan, pengguna bawah umur kini boleh mengubah status privasi akaun mereka.
INSTAGRAM akan menambah ciri keselamatan bagi melindungi para remaja daripada menerima mesej yang tidak diingi daripada pengguna dewasa.
Pengguna dewasa hanya boleh hantar mesej kepada pengguna remaja yang mengikuti mereka.
Selain itu, setiap mesej akan dilengkapi dengan amaran bagi mengingati para remaja untuk tidak membalas kepada mesej yang membuatkan mereka merasa tidak selesa.
Namun ciri keselamatan ini hanya akan berfungsi jika pengguna akaun sosial itu meletakkan umur sebenar.
Para remaja sering menipu data umur mereka bagi mengelak daripada pelbagai halangan.
Pada masa yang sama, pemangsa boleh menipu umurnya dengan menyatakan mereka lebih muda daripada yang sebenar.
Instagram berkata mereka sedang membangunkan kecerdasan buatan (artificial intelligence) untuk membantu tangani cabaran pengesahan umur, terutama dalam kalangan pengguna yang telah menipu.
Had minima bagi pemegang akaun Instagram adalah 13 tahun.
Syarikat media sosial itu turut memaklumkan, pengguna bawah umur kini boleh mengubah status privasi akaun mereka.
"Jika pengguna remaja itu tidak memilih butang 'privasi' setelah membuka akaun, kami akan menghantar notifikasi kepada mereka.
"Notifikasi ini akan menggariskan faedah memilih status 'private' dan sentiasa mengingatkan mereka untuk semak tetapan akaun mereka," kata syarikat itu dalam satu kenyataan.
Pada Januari lepas, syarikat media sosial TikTok mengumumkan akaun pengguna di bawah 16 tahun akan ditukarkan kepada status 'private'.
Topic Berkaitan
#Instagram
#ciri keselamatan
#remaja
#mesej
#dewasa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan