awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

INTAC 2024: Platform pamer khazanah budaya dunia

Astro Awani
Astro Awani
11/03/2024
14:12 MYT
INTAC 2024: Platform pamer khazanah budaya dunia
Ketua Pengarah Lembaga Penggalakkan Pelancongan Malaysia, Manoharan Periasamy (lima dari kiri) bergambar bersama rakan strategik selepas sesi pra pelancaran INTAC 2024 di Kuala Lumpur. - Foto Sekreteriat INTAC
KUALA LUMPUR: Pameran Persidangan Pelancongan dan Kebudayaan Antarabangsa (INTAC 2024) yang akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) bermula 3 hingga 6 Oktober depan dilihat mampu menjadi platform dalam menyingkap khazanah budaya seluruh dunia.
Sekreteriat INTAC dalam kenyataan berkata acara tersebut bertujuan menggalakkan industri pelancongan negara, sekali gus mempamerkan kepelbagaian budaya yang ada di Malaysia kepada masyarakat luar.
Sekreteriat itu menambah, program berkenaan akan turut menghimpunkan semua pemimpin dalam industri pelancongan antarabangsa, peminat budaya dan profesional pelancongan untuk berkongsi maklumat serta idea yang inovatif dalam aspek pelancongan budaya secara menyeluruh.
“Industri pelancongan dan budaya telah mengalami pertumbuhan yang ketara dalam tempoh dua tahun lalu dan dijangka terus meningkat tidak lama lagi.
“Pada 2023, Malaysia merekodkan kedatangan sebanyak 20.1 juta pelancong luar, sekali gus dapat menjana pendapatan RM71.3 bilion.
“Acara ini turut menyediakan ruang perbincangan melibatkan pendapat golongan profesional daripada beberapa negara yang boleh dijadikan contoh dalam bidang pelancongan serta budaya,” katanya di sini, pada Isnin.
Mengulas lanjut, sekreteriat itu berkata penganjuran INTAC 2024 juga dijangka mampu menarik 100,000 pengunjung dari dalam dan luar negara.
Daripada jumlah itu, pihaknya menyasarkan sebanyak 40 negara dan 300 reruai pameran akan menyertai INTAC 2024.
“Pengunjung INTAC 2024 boleh menantikan pameran yang akan menonjolkan budaya Malaysia dalam bentuk tarian dan seni yang mampu menarik minat banyak pihak,” jelas kenyataan itu.
Topic Berkaitan
#kebudayaan malaysia
#INTAC 2024
#industri pelancongan
#Pelancongan dan Kebudayaan Antarabangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan