awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia rendah pada sesi awal seiring Wall Street, tiada pemangkin baharu
Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat, Johor berkurang pagi ini
Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Internet murah dan selamat: Usaha Malaysia jadi rujukan, tarik perhatian negara Afrika - Fahmi

Bernama
Bernama
17/11/2025
12:30 MYT
Internet murah dan selamat: Usaha Malaysia jadi rujukan, tarik perhatian negara Afrika - Fahmi
Beberapa negara Afrika menyatakan minat untuk mencontohi usaha Malaysia dalam memastikan capaian internet yang bukan sahaja murah, malah selamat, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil. - Foto BERNAMA
BAKU (Azerbaijan): Beberapa negara Afrika menyatakan minat untuk mencontohi usaha Malaysia dalam memastikan capaian internet yang bukan sahaja murah, malah selamat, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.

Ringkasan AI
  • Negara-negara Afrika berminat mencontohi Malaysia dalam memastikan akses internet yang murah dan selamat, termasuk melalui inisiatif seperti Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) dan langkah-langkah keselamatan internet.
  • Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, menyatakan rakan sejawat di Persidangan Pembangunan Telekomunikasi Sedunia 2025 (WTDC-25) mungkin ingin belajar tentang proses, undang-undang, serta cabaran yang dihadapi oleh Malaysia.
  • WTDC-25 bertemakan "Universal, Meaningful, and Affordable Connectivity for an Inclusive and Sustainable Digital Future" dianjurkan oleh ITU dengan fokus pada memperkasa kesalinghubungan sejagat yang bermakna dan berpatutan.

Justeru, beliau berkata, beberapa inisiatif seperti Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), serta langkah-langkah bagi memastikan keselamatan internet khususnya di platform media sosial, akan dikongsi semasa Persidangan Pembangunan Telekomunikasi Sedunia 2025 (WTDC-25).
"Ini antara perkara yang saya percaya akan menarik minat rakan-rakan sejawat di WTDC-25.
"Mereka mungkin ingin mengetahui proses, undang-undang, tentangan serta cabaran yang kita hadapi," katanya kepada pemberita selepas majlis pembukaan WTDC-25 di sini hari ini.
Beliau berkata elemen kesalinghubungan yang bermakna, iaitu memastikan akses internet yang meluas, berkualiti dan selamat, turut menjadi tumpuan Setiausaha Agung Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) Doreen Bogdan-Martin dan Pengarah Biro Pembangunan Telekomunikasi ITU Dr Cosmas Luckyson Zavazava semasa majlis itu.
Fahmi, yang mengetuai delegasi Malaysia ke WTDC-25 mulai semalam hingga Rabu ini, akan mengadakan beberapa mesyuarat dua hala dengan rakan sejawat dari pelbagai negara untuk bertukar pandangan mengenai inisiatif serta amalan terbaik dalam memastikan kesalinghubungan bermakna di negara masing-masing.
"Ini penting kerana tidak semua negara melaksanakan rangkaian 5G sepantas dan sebaik Malaysia, namun ada negara memilih strategi lain.
"Banyak yang boleh mereka pelajari daripada Malaysia, dan banyak juga yang boleh kita pelajari mengenai perkembangan teknologi telekomunikasi di negara mereka," katanya sambil menyifatkan persidangan itu sebagai platform penting bagi negara anggota ITU memastikan tiada komuniti yang tercicir.
Bertemakan "Universal, Meaningful, and Affordable Connectivity for an Inclusive and Sustainable Digital Future," WTDC-25 yang diadakan setiap empat tahun itu dianjurkan oleh ITU, dengan Azerbaijan sebagai tuan rumah pada edisi kali ini.
Dalam satu kenyataan, ITU memaklumkan persidangan berkenaan berlangsung sehingga 28 Nov dan memberi tumpuan kepada usaha memperkasa kesalinghubungan sejagat yang bermakna serta berpatutan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#negara Afrika
#internet murah
#internet selamat
#Fahmi Fadzil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan