IPOH: Ipoh disenaraikan di tangga pertama sebagai tempat menarik paling kurang dinilai di Asia oleh portal CNN Travel, kata Datuk Bandar Datuk Rumaizi Baharin.
Katanya, penilaian itu sangat bermakna dan diterjemahkan sebagai pengiktirafan, di samping dapat menarik kehadiran lebih ramai pengunjung ke Ipoh sempena Tahun Melawat Ipoh 2023.
"Antara 18 lokasi di Asia yang telah dinilai termasuk Ipoh, Malaysia; Isaan, Thailand; Leshan, China; Skardu, Pakistan; Nikko, Jepun; Dalat, Vietnam; Davao, Filipina.
"Meghalaya, India; Palau Ubin, Singapura; Pulau Samosir, Indonesia; Pakse, Laos; Bangladesh, Tengchong, China; Kepulauan Gogunsan, Korea Selatan; Teluk Lan Ha, Vietnam; Kenting, Taiwan; Banteay Chhmar, Kemboja; dan Jaffna, Sri Lanka," katanya
Rumaizi berkata demikian ketika mempengerusikan Mesyuarat Penuh Majlis Bulan Disember di Dewan Mesyuarat Majlis Bandaraya Ipoh, di sini baru-baru ini.
Dalam pada itu, beliau berkata Ipoh dan Petaling Jaya disenaraikan dua kawasan di negara ini dengan jumlah carian tertinggi oleh rakyat Malaysia yang sedang mencari hartanah kediaman untuk dijual di laman web iProperty.com.my, antara Januari hingga November.
Katanya lagi, sumber data itu diperoleh daripada PropertyGuru Malaysia.
"Data carian oleh portal hartanah terkemuka itu mencerminkan perubahan dalam corak carian hartanah kediaman.
"Apabila tahun ini, lebih ramai pembeli rumah dan pelabur berpotensi kini mempertimbangkan kawasan terpilih di luar Lembah Klang.
"Lokasi berkenaan cenderung menawarkan rumah bertanah mampu milik dalam persekitaran yang mesra keluarga," katanya.
Katanya lagi, pada 2022, lebih ramai pelabur dan pembeli mempertimbangkan hartanah kediaman di kawasan yang terletak di luar Lembah Klang.
Rumaizi berkata, tahun 2023 adalah tahun yang menarik untuk diramal sama ada hartanah kediaman di luar bandar utama atau kawasan kegemaran ramai akan terus mendapat tarikan dalam kalangan pembeli dan pelabur rumah.
Katanya, Ipoh tanpa dijangka muncul kawasan paling popular tahun ini, sekali gus menjadi bandar kedua di luar Lembah Klang yang pernah menduduki tempat tertinggi dalam senarai carian hartanah selepas Johor Bahru pada 2022.
"Ibu negeri Perak itu dikenali sebagai hab makanan tempatan, pemeliharaan warisan, bangunan dan mercu tanda bersejarah, selain berhubung terus dengan Lebuhraya Utara-Selatan.
"Ipoh merekodkan 1,916 transaksi merentas semua jenis hartanah kediaman pada tahun lalu," katanya.
Tambahnya, kawasan lain yang disenaraikan antara 10 lokasi carian popular di Malaysia adalah Cheras, Bandaraya Johor Bahru, Puchong, Kuching, Port Dickson, Mont Kiara, Bandaraya Shah Alam, dan Bandaraya Seremban.
Aida Aziz
Sat Dec 24 2022
Rumaizi bergambar bersama Ahli-ahli Majlis MBI selepas Mesyuarat Penuh Majlis Bulan Disember di Dewan Mesyuarat MBI, di sini, baru-baru ini. -Astro AWANI
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) mengambil keputusan secara rasmi menarik diri daripada gabungan politik Perikatan Nasional (PN).
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Ipoh di tangga pertama 'lokasi menarik paling kurang dinilai' di Asia - Datuk Bandar
Penilaian itu sangat bermakna dan diterjemahkan sebagai pengiktirafan, di samping dapat menarik kehadiran lebih ramai pengunjung ke Ipoh sempena Tahun Melawat Ipoh 2023, kata Rumaizi.