awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ipoh pelancongan mesra Muslim tidak bertentangan bandar kreatif muzik

Aida Aziz
Aida Aziz
30/11/2023
23:00 MYT
Ipoh pelancongan mesra Muslim tidak bertentangan bandar kreatif muzik
RUMAIZI: Pihak UNESCO meletakkan kita dengan konsep indie rock, tetapi jangan fikir dalam indie rock ini tiada Muslim. - Gambar fail
IPOH: Pengiktirafan Ipoh sebagai Bandar Raya Kreatif Muzik UNESCO (UCCN) sebelum ini tidak bertentangan dengan memorandum persefahaman (MoU) Pelancongan Mesra Muslim yang dimeterai baru-baru ini.
Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, Islam tidak menghalang elemen muzik dan ia dapat disesuaikan dengan keadaan.
"Ramai juga yang bertanya saya tentang perkara itu, bagaimana Ipoh menjadi bandar raya kreatif muzik tapi dalam masa sama pelancongan mesra muslim.
"Mungkin ramai yang tidak tahu, Islam tidak menghalang muzik. Muzik pun boleh hidup bersama, maknanya kita bergerak bersama.
"Tiada masalah di situ bagi saya, muzik boleh jadi mesra Muslim. Untuk makluman, pihak UNESCO meletakkan kita dengan konsep indie rock, tetapi jangan fikir dalam indie rock ini tiada Muslim," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Penuh Majlis Bulan November, di sini, semalam.
Rumaizi ditanya pemberita sama ada timbul isu atau pertembungan di antara pengiktirafan bandar kreatif muzik itu dan konsep pelancongan mesra Muslim.
Sementara itu, beliau turut memberi contoh beberapa lagu ciptaan dan nyanyian M. Nasir yang mempunyai elemen rock namun berkonsepkan ketuhanan.
"Contoh lain, lagi nyanyian Ramli Sarip juga ada rock tetapi dalam masa sama berkonsep ketuhanan. Jadi, tiada masalah bagi saya tentang perkara itu," katanya.
Baru-baru ini, MoU Pelancongan Muslim ditandatangani melibatkan Majlis Bandaraya Ipoh, Hatyai Municipality, Thailand, DPR Acheh, Indonesia dan lima pihak berkuasa tempatan (PBT).
Lima PBT itu ialah Majllis Bandaraya Alor Setar, Majlis Perbandaran Kangar, Majlis Perbandaran Kuala Kangsar, Majlis Daerah Kampar dan Majlis Daerah Batu Gajah.
Topic Berkaitan
#Ipoh
#bandar raya kreatif muzik
#Pelancongan Mesra Muslim
#Rumaizi Baharin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan