awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

IPSI lancar projek "Road To Alaska" sebar agama Islam

Bernama
Bernama
14/05/2013
01:28 MYT
IPSI lancar projek "Road To Alaska" sebar agama Islam
Sebuah badan bukan kerajaan berpangkalan di negeri ini, Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa (IPSI) melancarkan siri jelajah dakwah agama Islam menerusi projek 'Road to Alaska'.
Presidennya, Kamarudin Abdullah berkata projek dakwah itu adalah rancangan jangka panjang dalam memberi pengenalan dan penjelasan mengenai agama Islam kepada masyarakat khususnya golongan bukan Islam bermula dari Pulau Pinang hingga ke Alaska.
"Islam merupakan satu agama yang benar, cantik, adil, indah tapi tidak difahami oleh kebanyakan manusia (sehingga) Islam dianggap sebagai agama keganasan dan peperangan dan dianggap untuk satu golongan manusia sahaja.
"Kami datang untuk menerangkan Islam yang sebenarnya daripada sumber yang sahih, sumber yang sahih yakni al-Quran dan As-sunnah. IPSI nak perkenalkan apa itu Islam menurut neraca yang sebenarnya terutama di bumi Malaysia ini," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran projek itu.
Beliau berkata sebagai permulaan pihaknya akan pergi rumah ke rumah untuk menyerahkan risalah berhubung agama Islam dan beliau menyasarkan 100 buah rumah pada peringkat permulaan.
Kamarudin berkata pihaknya turut bekerjasama dengan rakan-rakan IPSI di luar negara termasuk Brazil, Mexico, Hong Kong, Amerika dan Jepun untuk turut serta menyampaikan dakwah kepada penduduk luar negara.
"Sekurang-kurangnya setiap negara kita boleh sampaikan mesej Islam kepada 100 rumah yang masih belum memluk Islam. Azam kami 100 rumah setiap negara di dunia sebagai permulaan," katanya.
Topic Berkaitan
#IPSI
#Islam
#Road To Alaska
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan