awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Abu Bakar Hamzah angkat sumpah Menteri Besar Perlis yang baharu
13 individu ditahan insiden rusuhan bersenjata di restoran
Pengiktirafan Israel terhadap Somaliland langgar undang-undang antarabangsa - Presiden Somalia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

IPT, sekolah tidak boleh arah pelajar jalani ujian swab - Ismail Sabri

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
15/01/2021
10:29 MYT
IPT, sekolah tidak boleh arah pelajar jalani ujian swab - Ismail Sabri
Pelaksanaan ujian swab hanya boleh diarahkan kepada mana-mana individu yang mempunyai gejala COVID-19 sahaja. - Gambar hiasan/ BERNAMA
KUALA LUMPUR:Institut Pengajian Tinggi (IPT) atau sekolah tidak boleh mengenakan syarat kepada pelajar supaya menjalani ujian swab sebelum memasuki sekolah atau kampus bagi meneruskan pembelajaran.
Namun, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ujian swab hanya boleh diarahkan kepada individu yang mempunyai gejala sahaja.
"Pelajar-pelajar yang ingin memasuki peperiksaan ataupun balik ke asrama atau memasuki kampus tidak diperlukan, tidak diwajibkan, tidak ditetapkan untuk membuat ujian swab kecuali mereka yang bergejala sahaja.
"Kalau ada kes mereka yang bergejala, maka mereka perlu melakukan ujian swab. Jika tidak, tidak perlu untuk mereka melakukan ujian swab," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Jelasnya, Majlis Keselamatan Negara (MKN) semalam menerima aduan berkaitan IPT dan sekolah di beberapa negeri mengenakan syarat kepada pelajar supaya membuat ujian swab sebelum masuk ke kampus atau asrama untuk menduduki peperiksaan dengan kos ditanggung sendiri.
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#Majlis Keselamatan Negara
#peperiksaan
#keselamatan
#sekolah
#pelajar
#IPT
#syarat swab test masuk sekolah
#universiti arah swab test
#wajib swab test sekolah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan