Skip to main content

Gaya Hidup

Iriz tiba dan harapan untuknya menggunung

Proton-Iriz-launch-5.jpg.aspx

Sejak sekian lama kilang Proton di Tanjung Malim beroperasi, tidak ramai petugas media yang pernah menjejakkan kaki ke sana, termasuk media pemotoran; menjadikan lokasi ini bagaikan satu misteri. Pelancaran model Proton segmen B serba baru – dengan nama Iriz – merubah segalanya apabila lokasi itu bagaikan melimpah dengan kedatangan penulis, jurugambar dan sebagainya, semua untuk menyambut kedatangan hatchback yang telah ditunggu lama.

Telah banyak yang kita tahu mengenai Proton Iriz kerana sebelum ini pun Proton banyak juga mendedahkan maklumat berkaitan. Yang tiada cuma harganya, dan inilah dia:

Varian 1.3L Standard MT Standard CVT Executive MT Executive CVT
  Solid Metalik Solid Metalik Solid Metalik Solid Metalik
Semenanjung 42,438 42,888 45,438 45,888 46,438 46,888 49,438 49,888
Varian 1.6L Executive MT Executive CVT Premium MT Premium CVT
    Solid Metalik Solid Metalik Solid Metalik Solid Metalik
Semenanjung 53,438 53,888 56,438 56,888 59,438 59,888 62,438 62,888

Kami akan bincangkan mengenai pakej enjin dan kotak gear di dalam huraian yang akan datang, tetapi seperti yang dilaporkan sebelum ini enjin 1.6L yang digunakan menghasilkan 107hp pada 5,750rpm, dan tork sebanyak 150Nm pada 4,000rpm.

Enjin 1.3L pula mengeluarkan 94hp pada 5,750rpm dan 120Nm pada 4,000rpm. Kedua-dua enjin ini menggunakan suntikan ke dalam intake port (bukan direct injection) dan tiada turbo. Ini memberi kelebihan kepada Iriz jika dibandingkan dengan pesaing segmen iaitu Myvi dengan 90hp dan 150Nm. Namun, jika diambil prestasi dengan kapasiti enjin sama bagi kedua-dua model, Myvi (dan enjin 1.3L-nya) bergerak kehadapan.

Apa yang menjadikan Iriz lebih menyakinkan adalah senarai spesifikasinya. Paling berkesan adalah buat kali pertama fungsi-fungsi keselamatan termasuk electronic stability control, traction control dan Hill-hold Assist (yang menghalang kereta daripada bergerak apabila kaki dialih daripada pedal brek diwaktu berhenti di bukit) dipasang standard untuk semua varian.

Selain daripada itu, dari Standard hinggalah ke Premium, semua varian didatangkan dengan aloi (14 inci untuk 1.3L dan 15 inci untuk 1.6L); tiada lagi penutup roda yang murah dan nampak remeh.
Pemain audio dengan skrin sentuh (dan navigasi GPS) hanyalah untuk model Executive dan Premium. Unit ini terasa sungguh bagus dengan tindabalas yang cepat dan resolusi serta warna yang tajam.

Serentak dengan upacara pelancaran adalah penganugerahan Proton Iriz dengan keputusan 5 markah penuh daripada ujian Asean NCAP.

Jangan lupa untuk datang ke Alami Proton hujung minggu ini bagi upacara perasmian umum Proton Iriz di COE. Ataupun datang sendiri ke mana-mana cawangan Proton Edar untuk melihat sendiri model terbaru ini dan memandu ujinya.

Advertisement

Topic Berkaitan

Must Watch Video