awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Irmohizam terima anugerah CEO Champion (SME)

Kenyataan Media
Kenyataan Media
20/10/2023
08:26 MYT
Irmohizam terima anugerah CEO Champion (SME)
Irmohizam diwakili oleh Mohd Yusri (kiri) pada malam tadi kerana beliau kini berada di New York, Amerika Syarikat menghadiri Mesyuarat Lembaga Pengarah WTCA dan WTCA Member Forum.
DATUK Seri Irmohizam Ibrahim, Pengarah Urusan Kumpulan World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL), telah dianugerahkan dengan satu anugerah berprestij iaitu CEO Champion (SME) sempena Life at Work Awards (LAWA) 2023, sebuah inisiatif oleh Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp).
Anugerah ini adalah pengiktirafan terhadap kepimpinan beliau yang luar biasa dan komitmen yang tidak berbelah bahagi untuk mempromosikan kepelbagaian, ekuiti dan rangkuman (DEI) di tempat kerja. Majlis anugerah tersebut dirasmikan oleh Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar malam tadi.
LAWA adalah kerjasama antara Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan TalentCorp. Ditubuhkan pada 2011, TalentCorp merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia (MOHR) yang memacu strategi bakat Malaysia ke arah menjadi hab bakat yang dinamik. LAWA juga adalah rangka kerja anugerah Kepelbagaian, Ekuiti, dan Rangkuman (DEI) yang paling komprehensif di Malaysia, mengiktiraf usaha organisasi yang telah berjaya menerajui agenda DEI.
Pencapaian cemerlang Irmohizam menjadi bukti kepada gaya kepimpinan beliau yang unik, bercirikan komitmen yang mendalam terhadap sifat pembawaan beliau iaitu seorang pemimpin yang berkhidmat dan mengutamakan kesejahteraan dan pertumbuhan pekerja. Pendekatan berwawasan beliau telah menyumbang dalam mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif dan memperkasakan tenaga kerja, memupuk suasana pertumbuhan dan keterangkuman di Malaysia.
Sumbangan beliau melangkaui peringkat nasional, seperti yang dibuktikan oleh peranan penting beliau dalam pelbagai organisasi antarabangsa yang besar. Irmohizam menerima penghormatan sebagai rakyat Malaysia pertama yang dipilih menganggotai Lembaga Pengarah World Trade Centers Association (WTCA), bukti pengiktirafan dan pengaruh global beliau dalam industri.
Selain itu, jawatannya sebagai Pengerusi Konvensyen dan Pameran Majlis Anggota Penasihat (MAC) WTCA menggariskan kepakaran mendalam dan sumbangan meluas beliau dalam industri Acara Perniagaan.
"Saya amat berbesar hati menerima anugerah berprestij ini, yang menekankan kepentingan untuk mewujudkan persekitaran kerja yang inklusif dan memperkasa tenaga kerja. Pengiktirafan ini adalah bukti komitmen kami yang tidak berbelah bahagi di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) untuk mengutamakan warga WTCKL dan memupuk budaya kepelbagaian dan keterangkuman.
"Saya komited untuk meneruskan usaha kami dalam memacu perubahan positif dan menyokong kemajuan kepelbagaian, ekuiti dan keterangkuman di tempat kerja dan di mana-mana sahaja," katanya.
Pencapaian dan sumbangan cemerlang Irmohizam bukan sahaja telah meningkatkan kedudukan WTCKL tetapi juga telah meninggalkan kesan yang ketara dalam industri acara perniagaan global, yang berfungsi sebagai mercu inspirasi bagi organisasi di seluruh dunia.
Irmohizam diwakili oleh Mohd Yusri Junos (Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan WTCKL) pada malam tadi kerana beliau kini berada di New York, Amerika Syarikat menghadiri Mesyuarat Lembaga Pengarah WTCA dan WTCA Member Forum.
World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL)
Topic Berkaitan
#WTC KL
#Irmohizam Ibrahim
#anugerah
#CEO Champion SME
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan