KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP), Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau menerima bayaran berjumlah RM521,774 daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menerusi dua cek pada 2013 dan 2016.
Mohd Irwan, 65, berkata, beliau yang dilantik sebagai ahli lembaga penasihat (BOA) 1MDB oleh Datuk Seri Najib Tun Razak yang ketika itu Perdana Menteri, menerima bayaran sebanyak RM221,774 dan RM300,000, masing-masing pada 2013 dan 2016.
"Saya dimaklumkan bahawa bayaran (RM221,774) adalah bayaran tertunggak kepada saya selaku ahli lembaga pengarah 1MDB sejak saya memegang jawatan KSP pada Ogos 2012 hingga Ogos 2013. Saya tidak meminta elaun bayaran ini dibuat malah bayaran ini dibuat oleh 1MDB kepada saya melalui cek syarikat 1MDB.
"Manakala tempoh pembayaran elaun (RM300,000) yang saya terima adalah dari 2013 sehingga 2016 iaitu sehingga BOA dimansuhkan oleh Najib sendiri selepas siasatan daripada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) terhadap 1MDB," kata saksi pendakwaan ke-42 itu ketika membacakan pernyataan saksinya pada perbicaraan Najib bagi pertuduhan menyeleweng RM2.3 bilion dana milik 1MDB.
Selain dua pembayaran itu, Mohd Irwan berkata, beliau telah menerima elaun BOA sebanyak RM25,000 daripada 1MDB setiap bulan secara konsisten bermula 26 Ogos 2013 sehingga 2015.
Menurutnya, selepas BOA dimansuhkan, beliau juga menerima elaun pengerusi 1MDB sebanyak RM25,000 secara bulanan dan sejak dilantik menjadi ahli BOA, beliau tidak pernah dipanggil atau menerima jemputan untuk menghadiri mesyuarat BOA 1MDB.
"Walaupun pengerusi BOA adalah Najib merangkap Menteri Kewangan, beliau sendiri tidak pernah memaklumkan kepada saya tentang apa-apa mesyuarat berkenaan dengan BOA 1MDB. Saya pernah bertanya kepada Tan Sri Ali Hamsa (Ketua Setiausaha Negara) ketika itu mengenai mesyuarat BOA 1MDB, namun jawapan KSN kepada saya, beliau juga tidak tahu dan tidak dipanggil dalam apa-apa mesyuarat berkaitan BOA 1MDB sejak beliau dilantik.
"Jadi, selepas itu saya juga tidak pernah tanya lagi kepada KSN atau Najib," katanya sambil menambah beliau tidak pernah terlibat dalam membuat apa-apa keputusan dari segi perjalanan syarikat mahupun pelaburan-pelaburan yang dibuat 1MDB.
Ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk Seri Gopal Sri Ram sama ada beliau menghadiri mesyuarat BOA, saksi itu menjawab: "Tidak... walaupun mesyuarat BOA tidak dipanggil tetapi secara tidak rasmi ada (mesyuarat). Saya adalah KSP dan 1MDB berkait dengan Kementerian Kewangan, secara tidak rasmi nasihat diberi atau kadang-kadang Najib bertanya kepada saya... kadang-kadang Najib ada keputusan sendiri."
Ketika menjelaskan mengenai ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low, Mohd Irwan mengesahkan bahawa sepanjang berkhidmat sebagai KSP di Kementerian Kewangan dan juga kemudian dilantik sebagai Pengerusi 1MDB, beliau tidak pernah sama sekali berkomunikasi atau bertemu dengan Jho Low.
"Saya tahu isu berkenaan Jho Low yang dikaitkan dengan 1MDB pertamanya dalam sesi soal jawab dengan PAC dalam tahun 2015 kemudian berdasarkan laporan media yang tersebar," katanya.
Najib, 69, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung esok. - BERNAMA
Bernama
Mon Nov 14 2022
Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau menerima bayaran berjumlah RM521,774 daripada 1MDB menerusi dua cek pada 2013 dan 2016. - Gambar fail
Mutang Tagal masih dirawat di IJN, jangan sebar spekulasi - Pejabat Speaker
Yang di-Pertua Dewan Negara, Datuk Mutang Tagal, sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur.
Pengasuh ditahan bantu siasatan bayi tujuh bulan meninggal dunia
Wanita berusia lingkungan 30-an itu direman hingga 10 Mei ini untuk siasatan lanjut.
'Lawatan Sultan Ibrahim pemangkin hubungan lebih kukuh' - Speaker Parlimen Singapura
Kehadiran YDP Agong bakal menjadi pemangkin hubungan yang lebih kukuh di antara dua negara, kata Speaker Singapura Seah Kian Peng
2 maut, lebih 20 cedera dalam serangan pisau ke atas hospital di China
Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh manakala 23 lagi cedera dalam serangan menggunakan pisau di sebuah hospital di wilayah barat daya Yunnan di China.
Pantau Agenda Reformasi: NACS 2024-2028 - Strategi baharu perangi rasuah
Malaysia rugi RM277 bilion dalam tempoh lima tahun akibat rasuah
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan bahawa negara kerugian RM277 bilion akibat jenayah rasuah dalam tempoh lima tahun lepas.
Fitnah Sultanah Terengganu: Rewcastle-Brown diarah hadir prosiding rayuan
Mahkamah Tinggi mengarahkan Rewcastle-Brown, hadir ke mahkamah dalam pengurusan kes rayuannya.
Pemilik kedai perkakas rugi RM3.4 juta terpedaya skim simpanan tetap
Seorang warga emas yang juga pemilik kedai barangan perkakasan kerugian sebanyak RM3.4 juta selepas menjadi mangsa penipuan skim simpanan tetap.
[TERKINI] Speaker Dewan Negara Mutang Tagal masih dirawat di IJN
Pihak pejabat Yang Di-Pertua Dewan Negara memohon semua pihak agar tidak membuat spekulasi dan menyebarkan maklumat tidak sahih tentang status kesihatan Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Mutang Tagal.
Niaga AWANI: Forum Putrajaya 2024 buka ruang perkongsian maklumat bantu kurangkan jurang kepakaran
Forum Putrajaya 2024 buka ruang perkongsian kepakaran dan maklumat daripada negara lain bagi mengurangkan jurang kepakaran dalam menanggani cabaran isu keselamatan bukan tradisional.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Fitnah Sultanah Terengganu: Rewcastle-Brown diarah hadir prosiding rayuan
Mahkamah Tinggi mengarahkan Rewcastle-Brown, hadir ke mahkamah dalam pengurusan kes rayuannya.
Kes jenayah Goldman Sachs berhubung 1MDB tamat secara rasmi
Goldman Sachs telah memenuhi kewajipannya dan membayar penalti sebanyak AS$2.9 bilion.
Kes 1MDB: Siasatan SPRM dapati Najib lakukan kesalahan salah guna kuasa - Saksi
Siasatan SPRM mendapati elemen salah guna kuasa untuk dapatkan rasuah itu dikesan sewaktu pemeteraian perjanjian bersama Aabar PJS.
Najib dapat persetujuan Kabinet sebelum luluskan surat sokongan bon US$3 bilion
Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu Najib telah mendapatkan persetujuan sebulat suara daripada menteri-menteri Kabinet sebelum meluluskan surat sokongan berhubung penerbitan bon.
SPRM mohon maklumat dari Jerman berhubung dana 1MDB disyaki beli kereta mewah
Ia berhubung laporan kereta mewah dirampas oleh pihak berkuasa Jerman di Munich yang dipercayai berkait dengan kes 1MDB.
Kes 1MDB: Najib percaya Blackstone dikawal Arab Saudi, Raja Abdullah - Saksi
Saksi memberitahu Najib percaya bahawa syarikat Blackstone Asia Real Estate Partners dikawal oleh kerajaan Arab Saudi dan Raja Arab Saudi.
1MDB: Prosiding Najib julung kali dibuat pada Sabtu
Perbicaraan pertama dibuat pada hujung minggu ini berlangsung tepat jam 8.30 pagi, selepas bekas Perdana Menteri itu dibawa pihak berkuasa dengan menaiki kenderaan dari Jabatan Penjara.
'Kementerian Kewangan tiada rekod surat kelulusan Najib bagi 1MDB ambil alih Tanjong Energy, Genting Sanyen' - Saksi
Dalam siasatan SPRM, Kementerian Kewangan mengesahkan tidak mempunyai rekod ke atas kedua-dua surat tersebut.
Najib diberi peluang jelaskan mengenai dokumen 1MDB ketika disoal siasat - Pegawai SPRM
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Najib diberi peluang untuk menjelaskan secara terperinci mengenai dokumen berkaitan 1MDB, ketika disoal siasat.
Najib tak pernah arah pengurusan 1MDB pindah AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho Low - Saksi
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah mengarahkan mana-mana individu daripada pengurusan 1MDB untuk memindahkan AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho low.