Mengisi mandat yang dijanjikan kepada rakyat adalah lebih sukar dari mendapat mandat yang diperolehi PKR pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lepas.
Perwakilan Negeri Selangor, Nurainie Haziqah Shafii berkata, rakyat Malaysia kini sudah semakin prihatin dan peka dengan keadaan politik semasa.
Jelasnya, 9 Mei juga mengajar bahawa rakyat Malaysia sudah tidak boleh dimomok-momokkan lagi dengan politik sempit perkauman, agama serta politik wang.
"Tepuk dada dan tanya diri kita adakah perubahan itu sudah berlaku? Adakah perubahan yang diinginkan rakyat sudah dalam perancangan? Atau adakah kita hanya syok sendiri, mendedahkan satu persatu kebobrokan Najib Rosmah dan BN tanpa berusaha memenuhi manifesto PRU 14 kita?
"Rakyat bukan buta, bukan pekak. Rakyat itu hakim kita. “Truth is the glue that holds government together” petik Presiden Amerika Syarikat Gerald Ford.
"Berterus terang dengan rakyat dan sentiasa prihatin akan suara rakyat akar umbi," katanya semasa perbahasan ucapan dasar Presiden PKR di sini, hari ini.
Dalam pada itu katanya, Manifesto Pakatan Harapan pada PRU 14 jelas mengangkat martabat wanita dari segi sosial, kebajikan, sosioekonomi dan kepimpinan.
Jelasnya, dokumen Agenda Wanita Malaysia yang dibentuk menjadi asas kepada visi Pakatan Harapan untuk golongan wanita di Malaysia.
"PRU-14 akan sentiasa diingati sebagai pilihanraya yang memenangkan Timbalan Perdana Menteri Wanita pertama Malaysia dari Parti Keadilan.
"Selangor terus menjuarai isu wanita apabila menjadi negeri di Malaysia yang berjaya memenuhi 30 peratus penglibatan wanita di barisan Exco," jelasnya.
Wan Syamsul Amly, Firdaus Azil
Sat Nov 17 2018
Perwakilan Negeri Selangor, Nurainie Haziqah Shafii berkata, rakyat Malaysia kini sudah semakin prihatin dan peka dengan keadaan politik semasa.
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Jenazah bayi beku: KKM tunggu dapatan siasatan CKAPS, dijangka minggu depan
KKM sedang menunggu dapatan laporan siasatan CKAPS mengenai dakwaan sebuah hospital swasta menahan jenazah bayi kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.
Zahid tidak terima makluman tengku zafrul keluar UMNO
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Jimat kos, majlis kahwin beramai-ramai semakin popular di Mexico
Sejumlah pasangan diraikan dalam satu majlis perkahwinan beramai ramai di Mexico City pada Jumaat.
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
DUN Selangor bubar, gelanggang PRN dibuka
Gendang Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor sudah dipalu selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan secara rasmi hari ini, dua hari lebih awal daripada mandat yang sepatutnya tamat pada 25 Jun ini.
Bersatu Kedah sokong Sanusi tidak bubar DUN
Pendirian parti itu selari dengan Muhammad Sanusi kerana mandat untuk menerajui kerajaan yang diberikan rakyat adalah untuk lima tahun.
Wan Junaidi diberi mandat laksana libat urus penyediaan Akta Transformasi Parlimen
Perkara itu melibatkan Akta Suruhanjaya Parlimen, pindaan Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 serta Kod Etika Ahli Parlimen.
PRN Johor: BN dan PN punca politik huru hara, rakyat jangan tertipu - Fakrulradzi
Mohamad Fakrulradzi menyatakan, kedua-dua parti itu telah menjadi punca kepada kemusnahan mandat rakyat.
Kanada: Trudeau dapat mandat bakal bentuk kerajaan minoriti
Pemimpin Parti Liberal, Justin Trudeau mendapat mandat buat kali ketiga sebagai perdana menteri Kanada untuk membentuk kerajaan minoriti.
Bila jangkaan PRU15? Ini bayangan PM...
Muhyiddin menjelaskan, beliau sedar adalah wajar untuk mandat dipulangkan semula kepada rakyat untuk memilih kerajaan baharu.
Pilihan raya tidak sesuai diadakan ketika pandemik COVID-19 - Mohd Nik Amar
Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Nik Amar Nik Abdullah berpandangan pilihan raya satu-satunya cara menyelesaikan gangguan politik ketika ini.
PRN12: Gerawat calon pertahan kerusi DUN Mulu
Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri Mulu, Datuk Gerawat Gala akan mempertahankan kerusinya pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-12 (PRN12).
Tak perlu serah semula mandat kepada rakyat ketika ini - Penganalisis politik
Kemelut politik yang sedang melanda negara ketika berdepan pandemik COVID-19 ini harus diselesaikan sendiri oleh ahli-ahli Parlimen secara matang.
Hajiji Noor Ketua Menteri Sabah baharu
Hajiji yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman itu mengesahkan akan mengangkat sumpah sebagai KM esok pada pukul 10.30 pagi.