awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perkhidmatan awam laksana urusan tanpa kertas bermula Isnin ini - KSN
Musim peperiksaan bukan masa sesuai untuk perhimpunan - MPP UMT
FRIM anjur sambutan Hari Tanah Lembap Sedunia, tekankan pemuliharaan dan kelestarian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tak perlu serah semula mandat kepada rakyat ketika ini - Penganalisis politik

Farhana Joni
Farhana Joni
16/10/2020
15:29 MYT
Tak perlu serah semula mandat kepada rakyat ketika ini - Penganalisis politik
Prof Madya Dr Hamidin Abd Hamid berkata, ahli-ahli Parlimen perlu bersikap matang menyelesaikan kemelut politik yang melanda negara ketika ini. - Gambar Astro AWANI
KUALA LUMPUR:Kemelut politik yang sedang melanda negara ketika berdepan pandemik COVID-19 ini harus diselesaikan sendiri oleh ahli-ahli Parlimen secara matang.
Hal ini kerana, rakyat telah pun memberi mandat menerusi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang lalu dan diikuti beberapa Pilihan Raya Kecil (PRK).
Justeru, kata Felo Penyelidik ILHAM Centre, Prof Madya Dr Hamidin Abd Hamid, semua pihak sepatutnya boleh mengambil teladan dengan situasi yang berlaku di Sabah baru-baru ini.
"Adakah kita akan mengadakan pilihan raya pada waktu yang sama ketika COVID-19 sedang berlaku dan ternyata ia menganggu gugat ketenteraman dan kesihatan awam?
"Saya kira tak perlu mandat itu dikembalikan kepada rakyat ketika kita sedang berdepan dengan COVID-19.
"Parlimen sebagai sebuah institusi harus diperkukuhkan, iaitu ahli-ahli Dewan Rakyat mempunyai keberanian untuk menyatakan individu itu mempunyai majoriti sebagai Perdana Menteri," katanya dalam temu bual Agenda AWANI, pada Jumaat.
Sumber Facebook astroawani
Dalam masa sama, penganalisis politik itu turut menegaskan rakyat sudah letih melihat tingkah laku politik iaitu perebutan kuasa tanpa henti.
"Rakyat hendak melihat parti-parti politik melakukan penyelesaian secara matang dan tidak semestinya ia dilakukan dengan memberi beban kepada rakyat.
"Beban itu haru digalas oleh ahli-ahli politik untuk bersikap lebih matang dan mencari jalan penyelesaian bagaimana mereka boleh membina kerajaan yang stabil sebelum PRU akan datang," katanya lagi.
Sumber Facebook astroawani
Topic Berkaitan
#COVID-19
#kemelut politik
#ahli Parlimen
#undi tidak percaya
#ILHAM Centre
#PRU14
#pilihan raya umum
#pilihan raya kecil
#PRK
#Dr Hamidin Abd Hamid
#mandat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan