awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anugerah MAM 2025: Hafizh Syahrin dinobat Pelumba Antarabangsa Terbaik
Lubnan dakwa Israel guna racun rumpai di selatan negara itu
Starmer mohon maaf kepada mangsa Epstein, akui percaya "pembohongan" Mandelson
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

i-Sinar KWSP: Ramai 'scammer' yang memerhati, elak pelaburan berisiko - Perunding Kewangan

Hafizi Rosli
Hafizi Rosli
21/12/2020
04:34 MYT
i-Sinar KWSP: Ramai 'scammer' yang memerhati, elak pelaburan berisiko - Perunding Kewangan
Menurut perunding kewangan, Abuayubul Ansari, risiko melabur ketika ini sangat tinggi kerana banyak pihak yang tidak bertanggungjawab sedang memerhati mangsa untuk ditipu - Gambar Astro AWANI
KUALA LUMPUR:Pencarum yang layak membuat pengeluaran Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui program i-Sinar disaran tidak menggunakan wang itu bagi kegunaan pelaburan.
Menurut perunding kewangan, Abuayubul Ansari, risiko melabur ketika ini sangat tinggi kerana banyak pihak yang tidak bertanggungjawab sedang memerhati mangsa untuk ditipu.
"Kalau dapat duit ini jangan masuk pelaburan sebab banyak scam sudah memerhatikan anda dan ia sangat memberi risiko.
"Ketika pandemik ini eloklah kita simpan sebab tidak tahu bila kemelesetan eknonomi ini akan berakhir dan sekurangnya kita bersedia ada simpanan," jelas Abuayubul atau lebih dikenali sebagai Abang Abu.
Jelasnya, ketika suasana ekonomi yang suram ini, terdapat pelbagai peluang untuk menjana pendapatan baharu.
Dengan duit yang ada, pencarum boleh melabur kepada diri sendiri dengan meningkatkan ilmu kemahiran dan kepakaran bagi sesuatu bidang.
Mendalami bidang digital pada ketika ini dilihat mampu untuk beri ilmu mendalam dalam mengembangkan perusahaan atau perniagaan yang dilakukan. "Mungkin boleh ambil sedikit duit yang kita dapat untuk menghadiri kursus-kursus terutama berkaitan digital dan gunakan inisiatif kerajaan yang ada dengan kursus percuma. "Ilmu digital sangat penting terutama dalam mengembangkan perusahaan yang boleh meningkatkan pendapatan sampingan kita," jelasnya. Beliau turut menyatakan sekiranya mempunyai peluang untuk dapat mengeluarkan simpanan ini, ia semestinya harus direbut oleh orang ramai. Namun harus disalurkan ke saluran yang betul.
Topic Berkaitan
#KWSP
#EPF
#ekonomi
#mangsa
#pelaburan
#COVID-19
#i-sinar
#scammer
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan