awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

i-Sinar: Lebih separuh golongan T20 guna beli saham dan emas

Bernama
Bernama
04/02/2021
15:16 MYT
i-Sinar: Lebih separuh golongan T20 guna beli saham dan emas
Hampir separuh daripada golongan T20 yang telah memohon atau merancang untuk memohon pengeluaran i-Sinar menggunakannya untuk membuat pelaburan bagi membeli emas dan saham. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR:Hampir separuh daripada golongan T20 yang telah memohon atau merancang untuk memohon pengeluaran i-Sinar menggunakannya untuk membuat pelaburan bagi membeli emas dan saham.
Menurut kajian dilakukan Pusat Penyelidikan Undian UCSI, kebanyakan mereka yang berbuat demikian adalah mereka dalam kategori umur 40 hingga 55 tahun.
Hasil kajian membabitkan 809 responden dari seluruh negara itu mendapati sebanyak 34.9 peratus menggunakan duit i-Sinar untuk tujuan tersebut merangkumi 47.7 peratus daripada pencarum T20, M40 (31.1 peratus) manakala B40 (35.3 peratus).
"Menariknya pelaburan menjadi satu daripada tujuan pengeluaran i-Sinar terutama golongan T20... meskipun dalam keadaan sukar dengan pandemik COVID-19, masih ada yang melihat peluang dan bertindak," menurut pusat penyelidikan berkenaan dalam kenyataan hari ini.
Menurut pusat kajian itu, membayar balik pinjaman menjadi tujuan utama responden membuat pengeluaran i-Sinar bagi golongan B40 dan M40 yang berusia 26 hingga 55 tahun.
Sehubungan itu, UCSI memaklumkan sudah tiba masanya untuk rakyat Malaysia melihat kembali sama ada mereka mempunyai komitmen yang tinggi dan cukup bersedia berdepan dengan masa-masa sukar seperti sekarang.
Daripada keseluruhan koresponden, hanya 48.6 peratus menggunakankan wang itu untuk kegunaan membeli makanan dan barangan dapur, menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#i-sinar
#golongan T20
#pelaburan emas
#saham
#saham dan emas
#Pusat Penyelidikan Undian UCSI
#COVID-19
#UCSI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan