KUALA LUMPUR: Sikap Islamofobia yang hina, bermula dengan ucapan berbaur kebencian hingga keganasan secara terang-terangan, semakin meningkat dan mesti dikutuk oleh semua pihak yang waras tanpa mengira bangsa atau agama, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Merujuk kepada pembunuhan kejam sebuah keluarga Islam di Kanada pada Ahad, Menteri Kanan itu sambil memuji tindakan pantas pihak berkuasa dalam menangkap dan mendakwa pelaku pembunuhan berkata perhatian serius mesti diberikan terhadap kejadian itu.
Ini supaya mereka yang tidak bersalah tidak terus menjadi sasaran keganasan yang melampau, termasuk pembunuhan ramai-ramai, hanya disebabkan agama atau etnik mereka.
"Tindakan ini juga merupakan manifestasi daripada kebiasaan budaya kebencian anti-imigran, rasisme, dan pertumbuhan kumpulan-kumpulan sayap kanan.
"Oleh itu, kami menggesa pihak berkuasa untuk berwaspada dan menangani masalah ini secara menyeluruh," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Mohamed Azmin juga menzahirkan ingatan dan doanya kepada keluarga mangsa tiga generasi yang tidak bersalah, dengan mengatakan mereka dibunuh tanpa belas kasihan hanya kerana mereka beragama Islam.
Menurut laporan media, empat anggota sebuah keluarga Islam terbunuh apabila pemandu sebuah trak pikap dengan sengaja melanggar mereka di Ontario pada 8.40 malam Ahad.
Seorang lagi anggota keluarga malang itu, kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun, juga dilanggar dan kini berada di hospital dalam keadaan serius tetapi stabil.
Menurut polis keluarga itu yang sedang berjalan berhenti untuk menyeberang di simpang ketika trak itu dipandu ke tepi jalan dan melanggar mereka.
Pemandu, Nathaniel Veltman, 20, telah ditangkap tidak lama kemudian, kira-kira tujuh kilometer dari tempat kejadian. Tertuduh telah didakwa dengan empat tuduhan bunuh dan satu tuduhan cubaan membunuh, kata polis.
- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 08 2021
Mohamed Azmin juga menzahirkan ingatan dan doanya kepada keluarga mangsa tiga generasi yang tidak bersalah, dengan mengatakan mereka dibunuh tanpa belas kasihan hanya kerana mereka beragama Islam. - Gambar fail
Sirah Nabi Muhammad SAW akan ‘lebih hidup’ selepas ini…
Penerokaan teknologi ini yang dibuat kerajaan Arab Saudi mampu mencambah pemahaman umat Islam yang mengunjunginya.
Malaysia tidak lupa pengorbanan wira perang Australia dan New Zealand di Sandakan
Katanya, kenangan mengenai tawanan perang yang menderita ketika kejadian kawad maut yang terkenal itu terukir di Taman Peringatan Sandakan.
AWANI Pagi: Kesan kesihatan makan lewat malam
Benarkah dakwaan makan lewat malam boleh mengakibatkan masalah kesihatan dan obesiti, hingga wujud desakan kedai makan 24 jam dilarang beroperasi 24 jam? Ikuti penjelasannya bersama Prof Dr Norhasmah Sulaiman, Profesor Jabatan Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains, Kesihatan Universiti Putra Malaysia.
Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza.
Ruhainies mohon maaf kepada Bella Astillah, luah hasrat untuk bertemu
"Dengan rasa rendah hati, saya ingin mohon maaf kepada Bella Astillah atas segalanya yang telah berlaku."
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
WFP: Utara Gaza diancam kebuluran kritikal
Timbalan Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP), Carl Skau, menegaskan perlunya lebih banyak akses bantuan untuk mengatasi masalah kebuluran yang kritikal di utara Gaza.
Azmin setuju debat dengan Rafizi dengan syarat
Rafizi terlebih dahulu perlu membuktikan telah berjaya dalam pelaksanaan dan pemulihan ekonomi negara.
Azmin beri bayangan tidak bertanding PRN
Mohamed Azmin secara peribadi berkata sudah tiba masa untuknya memberikan laluan kepada tokoh muda dalam Perikatan Nasional (PN).
'Kerusi panas' PRU15: Kempen 'membara' iringi pertembungan nama besar di Gombak
Bagaimana setiap calon melaksanakan tanggungjawab dan hala tuju serta pengisian kempen bakal menentukan pemenangnya.
PRU15: Azmin yakin mampu pertahan Gombak
Ia susulan penerimaan penduduk Gombak terhadapnya selain hakikat dirinya sendiri adalah penduduk jati kawasan Parlimen itu.
Masa paling sesuai adakan PRU15 adalah sekurang-kurangnya enam bulan lagi - Azmin
Masa yang paling sesuai untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 adalah sekurang-kurangnya dalam tempoh enam bulan lagi, ujar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Mohamed Azmin ucap takziah kepada keluarga Mustapha Kamal
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengucapkan takziah kepada keluarga tokoh korporat dan pengasas Emkay Group, Allahyarham Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar yang meninggal dunia pagi Isnin.
PKR tidak akan kerjasama dengan Azmin
PKR tidak akan berbincang atau bekerjasama dengan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. Itu ketetapan yang dibuat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR selepas mesyuarat yang diadakan pada Isnin
Azmin, Rashid akan tinggalkan Bersatu? Ini penjelasan Muhyiddin...
Muhyiddin menjelaskan dakwaan tersebut adalah tidak benar dan beliau sering berbincang dengan Azmin mengenai masa depan Bersatu.
Menteri ekonomi ASEAN rangka rancangan kerja serantau
Sesi pemukiman tersebut akan turut meneruskan perbincangan dalam menetapkan keutamaan bagi mempercepatkan pemulihan ekonomi serantau.
Malaysia muncul negara paling menarik di rantau Asia Tenggara untuk pelaburan asing
Ini didorong oleh kejayaan negara menarik lebih RM220 bilion pelaburan yang diluluskan pada 2021.