KUALA LUMPUR: Institut Sosial Malaysia (ISM) setakat ini telah melaksanakan 31 Program Kejurulatihan Antigangguan Seksual bagi memberi kefahaman dan kesedaran mengenai kepentingan Akta Antigangguan Seksual (AAGS).
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata program yang dilaksanakan melalui bengkel, dialog awam dan seminar itu melibatkan 1,570 peserta dari seluruh negara untuk dilatih menjadi ejen menyebarkan pengetahuan dan kesedaran berkaitan gangguan seksual kepada masyarakat.
Beliau berkata pelaksanaan bengkel itu turut mendapat kerjasama pelbagai pihak seperti jabatan dan agensi kerajaan peringkat Persekutuan, negeri, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta badan bukan kerajaan, sukarelawan dan komuniti di seluruh negara.
"ISM juga telah menjalin kerjasama di peringkat antarabangsa dengan Australian Institute of Social Relations (AISR) di Adelaide, Australia yang telah menerima penyertaan empat pegawai ISM bagi meningkatkan kapasiti modal insan warga kerja.
"ISM merupakan agensi Kerajaan pertama di dunia yang menyertai latihan di AISR yang berlangsung pada 22 hingga 28 Okt 2023 yang lalu, syabas saya ucapkan," katanya pada Majlis Apresiasi Semurni Usaha Bersama Rakan Strategik Institut Sosial Malaysia hari ini.
Menurutnya bagi tahun depan, ISM akan menggiatkan lagi usaha untuk melebarkan jaringan kolaborasi strategik di peringkat antarabangsa khususnya dengan beberapa institusi pendidikan dan latihan di peringkat rantau Asia Tenggara atau ASEAN.
Sementara itu, Nancy berkata beliau mengalu-alukan jalinan kerjasama strategik antara ISM iaitu agensi di bawah kementeriannya dengan jabatan, agensi kerajaan, sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan kerana ia menggalakkan interaksi dan mengukuhkan jaringan.
"Ia juga bertujuan untuk membantu dalam pembangunan dan peningkatan dasar, peranan, fungsi, misi dan visi ISM khususnya untuk jangka panjang. Kerjasama ini amatlah penting bukan sahaja untuk kejayaan program kementerian, tetapi untuk mengalakkan kepelbagaian pihak dalam membuat keputusan dan merancang masa depan KPWKM," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 30 2023
Nancy berkata pelaksanaan bengkel itu turut mendapat kerjasama pelbagai pihak seperti jabatan dan agensi kerajaan peringkat Persekutuan, negeri, PBT serta badan bukan kerajaan, sukarelawan dan komuniti di seluruh negara. - Gambar fail/BERNAMA
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
KPWKM ke arah perkukuhkan industri penjagaan
KPWKM menerusi Institut Sosial Malaysia (ISM) telah melatih lebih 61 penjaga setakat tahun lepas dan menyasarkan untuk melatih 385 penjaga lagi tahun ini.
ISM laksana 31 Program Kejurulatihan Antigangguan Seksual setakat ini - Nancy
Institut Sosial Malaysia (ISM) setakat ini telah melaksanakan 31 Program Kejurulatihan Antigangguan Seksual bagi memberi kefahaman dan kesedaran mengenai kepentingan Akta Antigangguan Seksual (AAGS).
COVID-19: 132 pelajar tahfiz hadir perhimpunan tabligh dikuarantin
operasi tersebut bermula pada 1.16 petang disertai 41 anggota dan pegawai bomba Pasukan Hazmat.