awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ismail Sabri selesai beri keterangan tujuh jam di SPRM, disambung esok

Bernama
Bernama
24/04/2025
11:39 MYT
Ismail Sabri selesai beri keterangan tujuh jam di SPRM, disambung esok
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram, hari ini. - BERNAMA
PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram, hari ini.

Ringkasan AI
  • Proses rakaman percakapan melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, masih belum selesai setakat hari ini.
  • Menurut sumber, sesi rakaman tersebut akan disambung semula esok pada jam 3 petang bagi melengkapkan siasatan yang sedang dijalankan.
  • Perkembangan ini menunjukkan pihak berkuasa masih memerlukan masa tambahan untuk mendapatkan keterangan penuh daripada Datuk Seri Ismail Sabri.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bera dilihat meninggalkan pekarangan ibu pejabat SPRM di sini pada 6.11 petang selepas kira-kira tujuh jam memberi keterangan. Terdahulu, Ismail Sabri hadir pada 11 pagi.
Menurut sumber, proses rakaman percakapan bekas perdana menteri kesembilan itu akan disambung esok pada 3 petang.
Ini merupakan kali kelapan Ismail Sabri hadir ke SPRM bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Difahamkan, siasatan membabitkan perbelanjaan dan perolehan dana bagi tujuan promosi serta publisiti program Keluarga Malaysia semasa tempoh perkhidmatan beliau sebagai perdana menteri dari Ogos 2021 hingga November 2022.
Kes disiasat mengikut Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.
Pada 3 Mac lepas, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki mengesahkan Ismail Sabri sebagai suspek siasatan kes itu, susulan penemuan wang tunai kira-kira RM170 juta dalam pelbagai mata wang serta 16 kilogram jongkong emas di sebuah premis simpanan khas (safe house) hasil serbuan SPRM.
SPRM turut dilaporkan menyita 13 akaun bank bagi membantu siasatan.
Ismail Sabri ketika keluar dari ibu pejabat SPRM sempat melambaikan tangan kepada pengamal media yang menunggu sejak pagi namun enggan mengulas lanjut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#beri keterangan
#SPRM
#pengubahan wang haram
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan