MALAYSIA
Ismail Sabri ucap selamat menyambut Pesta Kaamatan

Perdana Menteri berharap perayaan kali ini melahirkan kesyukuran, keberkatan dan kejayaan kepada semua. - Foto Facebook/Ismail Sabri Yaakob
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merakamkan ucapan Selamat Menyambut Pesta Kaamatan kepada ahli Keluarga Malaysia yang meraikannya hari ini.
Menerusi hantaran di Facebooknya, Ismail Sabri berkata keharmonian Malaysia dengan kepelbagaian kaum dan budaya menyambut perayaan kaum etnik dalam sebuah negara yang sejahtera.
"Semoga perayaan kali ini melahirkan kesyukuran, keberkatan dan kejayaan kepada semua.
"Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan," menurut hantaran itu.Pesta Kaamatan yang juga dikenali sebagai Pesta Menuai disambut masyarakat Kadazandusun di Sabah hari ini dan esok sebagai tanda kesyukuran selepas berakhir musim menuai.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami