awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Israel sasar Hezbollah di Lubnan

Agensi
Agensi
02/12/2023
02:00 MYT
Israel sasar Hezbollah di Lubnan
Tentera Israel mendedahkan rakaman video menunjukkan satu serangan udara tentera dan tembakan artileri menyasarkan Hezbollah di Lubnan dilakukan tentera zionis itu.
BEIRUT: Tentera Israel mendedahkan satu video pada Jumaat bagi menunjukkan satu serangan udara tentera dan tembakan artileri menyasarkan Hezbollah di Lubnan.
Bagaimanapun, tiada lokasi tepat atau tarikh rakaman didedahkan.
Serangan Israel berkenaan telah membunuh tiga orang di selatan Lubnan.
Serangan itu tercetus ketika berakhirnya gencatan senjata antara Israel dan kumpulan pejuang Hamas yang mendorong semula permusuhan di sempadan.
Hezbollah yang merupakan kumpulan pejuang Lubnan dan disokong oleh Iran yang juga sekutu Hamas turut memaklumkan, dua daripada anggotanya terbunuh.
Israel sasar Hezbollah di Lubnan, serangan dimulakan
Hezbollah juga telah melakukan serangan balas ke markas tentera Israel di sempadan.
Bagaimanapun tentera Israel berkata, artilerinya mengenai sumber tembakan dari Lubnan dan pertahanan udara telah memintas dua pelancaran.
Siren amaran kemungkinan roket masuk dibunyikan di beberapa bandar di utara Israel, menyebabkan penduduk berlari mencari perlindungan.
Selepas meletusnya perang Hamas-Israel pada 7 Oktober, Hezbollah melancarkan serangan roket hampir setiap hari ke atas kedudukan Israel di sempadan manakala Israel melancarkan serangan udara dan artileri di selatan Lubnan. - Agensi
Topic Berkaitan
#gencatan senjata
#Israel
#Iran
#Hezbollah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan