Israel terus cabul gencatan senjata, kereta kebal lepas tembakan di Gaza

Sumber perubatan melaporkan pada malam Selasa bahawa jumlah kematian akibat pencerobohan Israel sejak 7 Okt 2023 telah meningkat kepada 67,913 orang, manakala 170,134 lagi cedera. - Gambar/ Reuters
GAZA: Dalam pelanggaran jelas terhadap pengumuman gencatan senjata, tentera Israel meneruskan serangan ke atas Semenanjung Gaza pada Rabu, lapor Agensi Berita Palestin WAFA.
Ringkasan AI
- Tentera Israel meneruskan serangan ke atas Semenanjung Gaza meskipun terdapat pengumuman gencatan senjata, dengan tembakan meriam ke arah orang awam di Bani Suhaila, Sheikh Nasser dan Kota Gaza.
- Jumlah kematian akibat pencerobohan Israel sejak 7 Oktober 2023 meningkat kepada 67,913 orang, manakala 170,134 lagi cedera; 44 rakyat Palestin terbunuh dan 29 cedera dalam tempoh 24 jam lalu.
- Ribuan mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan dan di jalanan, sementara pasukan ambulans serta pertahanan awam tidak dapat sampai ke lokasi akibat kemusnahan teruk.
Dalam tempoh 24 jam lalu sahaja, seramai 44 rakyat Palestin - termasuk 38 mayat yang baharu ditemukan - serta 29 yang cedera telah dibawa ke hospital di wilayah itu.
Ribuan mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan dan di jalanan, manakala pasukan ambulans serta pertahanan awam tidak dapat sampai ke lokasi akibat kemusnahan yang teruk.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini


Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami