awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
26 negara EU gesa hormati undang-undang antarabangsa susulan operasi AS di Venezuela
JPA komited perkhidmatan awam pantas, berorientasikan rakyat selari amanat PM 2026
Ee Wei sasar musim 2026 lebih sihat, bebas kecederaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isteri ADUN Paloh maut dalam kemalangan jalan raya

Astro Awani
Astro Awani
18/04/2014
03:08 MYT
Isteri ADUN Paloh maut dalam kemalangan jalan raya
Anak perempuan Adun Paloh (kiri) menunggu di perkarangan rumah mayat Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB). -Foto BERNAMA
Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kelantan kawasan Paloh, Datuk Nozula Mat Diah mengalami cedera ringan manakala isterinya Datin Maziah Din maut dalam kemalangan di Kilometer 23 Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai di sini pada hari Khamis.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata tiga anak pasangan itu (dua lelaki dan seorang perempuan) masing-masing berumur 23, 16 dan 9 tahun serta seorang anak saudara, berumur satu tahun lapan bulan berada di dalam kenderaan yang dipandu anak perempuan Norzula.
Beliau berkata mereka yang selamat kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini manakala mayat Maziah dibawa ke rumah mayat hospital yang sama untuk bedah siasat.
"Berdasarkan maklumat yang diterima kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Nissan Murano yang dipandu anak perempuan Nozula dipercayai terbabas akibat jalan licin dan merempuh tebing bukit sebelum jatuh ke dalam longkang dalam kejadian pada pukul 6.30 petang," katanya kepada pemberita yang ditemui di hospital di sini.
Sum berkata kereta yang dinaiki keluarga Nozula berkonvoi bersama sebuah Toyota Harrier yang mengekorinya dari Kelantan ke Ipoh untuk bercuti.
"Maziah meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital KPJ Ipoh," katanya.
Sum berkata Nozula mengalami kecederaan di rusuk kiri dan kanan serta berada dalam keadaan stabil dan separuh sedar.
Kesemua mangsa sedang dirawat dan masih mengalami trauma, katanya.
Jenazah Maziah dibawa ke Gua Musang pagi ini.
Topic Berkaitan
#ADUN Paloh
#Cameron Highlands
#kemalangan
#Maziah Din
#Nozula Mat Diah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan