awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isteri bekas TYT Sarawak meninggal dunia

Astro Awani
Astro Awani
14/04/2021
06:01 MYT
Isteri bekas TYT Sarawak meninggal dunia
Toh Puan Norkiah meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak kerana komplikasi, selepas mengalami strok dan pendarahan di bahagian otak pada 3 April lalu. - Foto Astro AWANI
KUCHING: Isteri Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng, Yang di-Pertua Negeri Sarawak keenam, Toh Puan Norkiah meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak di sini pada Rabu.
Toh Puan Norkiah menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 12.02 tengah hari kerana komplikasi, selepas mengalami strok dan pendarahan di bahagian otak pada 3 April lalu.
Allahyarham 72 tahun, pesara kerajaan, mendirikan rumah tangga dengan Tun Salahuddin, 99 tahun, pada 1996, dan telah mengambil empat anak angkat.
Ia perkahwinan kali pertama Toh Puan Norkiah dan kedua bagi Tun Salahuddin.
Jenazah Allahyarham kini diurus di Jabatan Forensik Hospital Umum Sarawak dan dibawa ke kediamannya di Kampung Temenggong, Matang pada jam 3.00 petang.
Jenazah akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Semariang pada jam 5.00 petang ini.
Topic Berkaitan
#Toh Puan Norkiah
#Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng
#meninggal dunia
#Yang di-Pertua Negeri Sarawak
#Sarawak
#Jabatan Forensik
#jenazah
#kerajaan
#Islam
#anah Perkuburan Islam Semariang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan