SHAH ALAM: Seorang juruteknik mengalami kecederaan di bahagian lengan kanan dan leher, susulan ditembak seorang individu yang dipercayai menjadi mangsa penipuan wang skim pelaburan isterinya di hadapan rumahnya di Jalan Limau Kasturi, Taman Wangi, Klang pada 7.10 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong berkata mangsa 46 tahun itu, cedera akibat tembakan yang dilepaskan seorang lelaki disyaki warga tempatan yang tidak dikenali, menaiki sebuah motosikal serta memakai topi keledar berpelindung matahari gelap semasa kejadian berkenaan.
Cha berkata pihaknya terdahulu menerima panggilan daripada seorang wanita warga tempatan pada 8.55 pagi tadi, memaklumkan bahawa suaminya telah ditembak di hadapan rumah mereka.
"Sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan telah ke lokasi kejadian dan mendapati mangsa mengalami kecederaan di bahagian lengan kanan dan bahagian leher.
"Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang bagi mendapatkan rawatan lanjut. Hasil pemeriksaan X-Ray mendapati satu biji disyaki peluru berada dalam lengan kanan mangsa," katanya dalam kenyataan, malam ini.
Hasil siasat pihaknya, Cha berkata suspek telah melepaskan tiga das tembakan ke arah mangsa dengan menggunakan dua pucuk pistol yang berlainan.
Beliau berkata pemeriksaan unit forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, menemukan beberapa barang termasuk dua objek logam disyaki kelongsong peluru di lokasi kejadian.
Susulan itu, Cha meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian berkenaan, untuk menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Hazri Raziff di talian 0183204914 atau menghubungi IPD Klang Selatan di talian 03-33762222.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 07 2022

Mangsa berusia 46 tahun cedera akibat tembakan yang dilepaskan seorang lelaki disyaki warga tempatan yang tidak dikenali. - Gambar hiasan

Piala Perancis: Marseille tunjukan PSG jalan keluar
Tanpa Mbappe yang cedera, PSG bergelut sepanjang 90 minit perlawanan berintensiti tinggi tersebut.

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Pelabur dikatakan bimbang dengan inflasi yang sangat tinggi di Eropah dan ramai yang mengambil pendirian 'tunggu dan lihat'.

Disney umum buang 7,000 pekerja
SYARIKAT Walt Disney mengumumkan penstrukturan semula secara menyeluruh dengan memberhentikan 7,000 pekerja di bawah pengurusan Ketua Pegawai Eksekutif, Bob Iger.

UEM Sunrise gagal muktamad pembelian tanah bernilai RM384 juta berhampiran KLCC
Nipponkey Sdn Bhd akan membayar balik deposit kepada Lucky Bright Star, termasuk sebarang faedah terakru, dalam tempoh 14 hari.

Gempa Turkiye: Saya masih trauma - Pelajar Malaysia
Zahirul yang mengikuti pengajian Sejarah Islam di Universiti Gaziantep berkata, ketika kejadian, dia sedang menonton televisyen.

Tiada penyelewengan wang zakat MAINS - SPRM
Siasatan berhubung isu berkenaan telah selesai pada 2019 dan mendapati tidak menemukan jenayah rasuah.

Pantau Kerajaan Baharu | Impak Lawatan PM Ke Thailand

Jo Ghani desak Goldman Sachs segera bayar hutang 1MDB kepada kerajaan Malaysia
Perjanjian antara bank pelaburan AS dan kerajaan Muhyiddin menjangkakan Malaysia menerima jumlah itu dalam aset 1MDB menjelang 2025.

AWANI Ringkas: Menu Rahmah tidak libatkan perbelanjaan kerajaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

14 maut trak menyeludup migran terbalik
Pihak berkuasa tempatan dilaporkan sudah menemui kesemua mayat yang terlibat dalam kemalangan berkenaan.

Lapan sekeluarga maut kejadian tembakan di Utah, AS
Sebuah keluarga termasuk tiga orang dewasa dan lima kanak-kanak ditemui mati akibat ditembak, semalam.

Tembak rakan serumah selepas alih hiasan Krismas
Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun ditahan pihak berkuasa Texas atas dakwaan menembak mati rakan serumahnya selepas menurunkan hiasan Krismas di kediaman mereka.

Isteri disyaki tipu wang skim pelaburan, suami pula kena tembak
Seorang juruteknik mengalami kecederaan di bahagian lengan kanan dan leher, susulan ditembak seorang individu yang dipercayai menjadi mangsa penipuan wang skim pelaburan isterinya.

Lelaki cemas rumah ditembak individu tidak dikenali
Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila rumahnya di Seri Aman Heights, Desa Jaya, Gombak di sini dipercayai terkena satu das tembakan awal pagi tadi.

Wartawan veteran Filipina ditembak mati, kumpulan media tuntut perlindungan
Kes tembak yang menyebabkan kematian seorang wartawan radio Filipina, Percival Mabasa memberi tamparan hebat terhadap tahap kebebasan akhbar di negara itu.

13 maut, puluhan cedera ditembak secara rambang di sekolah
Suspek yang menggunakan dua pucuk pistol itu juga dilaporkan membunuh diri selepas melepaskan tembakan secara rambang.

Bekas ahli perniagaan mati ditembak
Seorang bekas pemilik restoran mati ditembak di kawasan perumahan di Jalan Desa Kiara 1, dekat sini tengah malam semalam.

Polis tahan lelaki bantu siasatan kes tembak mati depan restoran
Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan kejadian tembak mati seorang lelaki di Jalan Kampung Baru, Sungai Petani, Rabu lalu.

Kes tembak di Bukit Bintang: Polis selesai tahan semua suspek
Polis mengesahkan kesemua suspek yang disyaki terlibat dalam kes tembak mati seorang lelaki tempatan di sebuah hotel di Bukit Bintang di sini, 3 Mei lalu telah selesai ditahan.

Lelaki ditembak di Kuala Terengganu suspek utama kes bunuh, sindiket edar dadah
Suspek yang ditembak dikenali sebagai 'Nuar Taman' dari Kuala Terengganu dan 'Pendi Buaya' dari Marang.