awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isteri Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur meninggal dunia

Bernama
Bernama
15/08/2013
00:45 MYT
Isteri Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur meninggal dunia
Isteri Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh meninggal dunia akibat barah paru-paru di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kira-kira 6.30 petang, Rabu.
Mendiang Datin Raj Kaur Harbhajan Singh, 49, yang menghidap penyakit itu sejak tiga tahun lepas, merupakan seorang guru Matematik Tambahan di Sekolah Menengah Convent Klang, Selangor.
Harpreet Singh, 20, anak sulung pasangan itu berkata mendiang merupakan bekas graduan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan berkahwin dengan ayahnya 22 tahun lepas.
Selain Harpreet, pasangan itu dikurniakan dua lagi anak iaitu Harprem Singh, 19, dan Anilpren Singh, 17 tahun.
"Sepanjang tempoh perkhidmatan sebagai guru, ibu saya telah banyak melahirkan pelajar cemerlang," kata beliau ketika ditemui di kediaman keluarganya di Taman Sri Andalas di sini.
Berasal dari Ipoh, Perak mendiang disifatkan ibu dan seorang guru yang tegas tetapi baik hati.
Mayat mendiang dijangka dibakar di Pusat Crematorium Klang di Persiaran Tengku Ampuan Rahimah pada 2.30 petang, Khamis.
Topic Berkaitan
#amar singht
#barah paru-paru
#Datin Raj Kaur Harbhajan Singh
#isteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan